Start rasa nak buat pomander ball ni bila pegi kat kedai2 pengantin kat nilai3.. kebanyakan tempat pengantin ada buat pomander ball ni.. boleh gantung kat pelamin.. boleh hias bilik pengantin n ada gak yang buat bunga tangan..

Dan sebagai seorang wanita yang terlebih 'rajin' aku juga mau pomander ball aku sendiri.. hehehe.. surfing punya surfing aku jumpa gak certain blog pengantin yang sediakan DIY utk buat pomander ball ni. boleh rujuk jer kat sini.. (credited to her blog.. harap maklum aku belum setat lagi wat pomander ball ni, baru nak berangan nak buat.. huhuhu..)..

Tak tau pomander ball tu apa? ni bukan bola seperti bola sepak atau bola pingpong yer.. jap aku paste gambar..

ni la rupanya pomander ball iteww.. sangat comel kan..


Kalau beli jer, rate dalam rm8~rm15 satu bola tu.. bola kecik tau, bukan saiz bola besar.. boleh guna fresh flower, bunga plastik atau buat bunga sendiri.. nak letak bunga plastik pun kena beli bunga yang kecik2 tu.. satu plastik bunga kecik2 tu rasanya dalam rm6 kot.. depends kedai la.. maybe boleh dpt less lagi..

Tapi..

Aku rasa aku nak buat sendiri jer bunga tu pakai kertas.. mcm dalam blog ni.. aku sangat suka cara dia buat pomander ball tu.. aku tak terfikir boleh buat cara mcm tu.. idea tu sangat bagus, n bunga2 yang dibuat tu pun sangat besar jadi sangat banyak boleh buat bola2 cinta aku tu kan.. dan mestilah sangat cantik.. (kat blog2 omputih kita blh letak haruman mcm lavendar n etc la.. tu aku belum kaji cmner nak buat bola tu ada scent.. )

Kebanyakan pesen pelamin moden sekarang ni mesti ada pomander ball ni.. macam zalfie zainal nyer pelamin..

sangat cantik kan bila gantung2 kat belakang tirai tu..


Idea pomander ball ni aku nak praktikkan kat hiasan bilik pengantin aku nanti.. aku tak upah orang hias jadi aku nak decorate sendiri mengikut kerajinan dan budget aku.. huhuu.. cadang nak pasang tirai putih utk tutup dinding bilik, n gantung pomander ball kat tirai2 tu mcm gmbar di atas tu.. sangat romantik dan cantik kan.. boleh buat utk different color.. (ni memerlukan kerajinan aku ni.. eh, byk betul nak buat DIY, sempat ke tak ni.. )

Untuk kes semalam yang bantal alas hantaran tu aku rasa aku nak proceed dgn idea tu.. sebabnya aku baru teringat aku ada kain satin dlm 2.5m.. ni satin yang aku dapat masa beli kain lace kat Indonesia tu.. so kena lebih rajin utk menjahit yer.. nak cari butang bulat2 tu la.. nak buat mcm gambar bantal gebu2 yg kat blog tu.. rasanya kena jahit tangan la, nnti bila balik johor, tinggal masukkan kekabu n jahit renda beads tu jer.. (huuuhhh, aku sangat rajin kan.. aku pun tak sangka.. haha)

Tapi...

Andainya korang datang majlis pengantin aku dan tkde nampak pun pomander ball dan bantal gebu2 ni, maknanya kerajinan aku belum cukup lagi utk merealisasikan angan2 aku yer.. huhuu.. (xpe xpe, ada masa lagi kan..)


sambung nanti yer.. nak pegi shopping jap.. daa





This entry was posted on Saturday, July 03, 2010 and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

    Mia Amira said...

    nak tempah kat cik cinta buat ball ni boleh tak agaknya? ;)

  1. ... on July 9, 2010 at 9:26 AM  
  2. cinta said...

    bleh.. tp mahal la.. agak2 satu ball seratus la.. hehehe.. wat sendiri pun tak lepas lagi ni.. huhuhu

  3. ... on July 9, 2010 at 12:07 PM