Showing posts with label bunga tangan kristal. Show all posts
Showing posts with label bunga tangan kristal. Show all posts

Aku ada macam2 idea utk realisasikan utk majlis pengantin aku ni.. haha.. seperti biasa start dgn angan2 kosong dulu.. lepas tu planning, lepas tu baru la buat.. ada yang separuh berhasil, berjaya dibuat dan ada yg tinggal angan2 jer.. hikhik.. (ni kes dah malas nak fikir..)

so aku review satu2 k..

1) Bunga Pahar DIY - bunga dip hasil tangan aku sendiri..

aku dah wat review khas utk bunga telur yg aku wat sendiri ni.. schedule entry utk tghari esok.. cantik kan?? sila kata cantik yer.. ini paksaan!! hahah

2) Bunga pegang dip (tempah dari thebunga.blogspot.com)

mmg ada yang aku tak puas hati psl bunga pegang ni sbb aku nak color hijau pucuk pisang.. tp aku dpt color cream.. tangkai bunga dawai biasa jer?? apa kes ni? ikut yg aku minta mcm dl gmbar tu dawai dia ada tali emas.. riben jenis mcm tu sedangkan dlm gmbar riben satin..

aku tak puas hati.. tapi aku xmo la benda remeh ni jejaskan mood aku masa hari bahagia aku hari tu.. aku dpt bunga ni lewat.. lg 4hari nak majlis bunga baru dapat.. sgt tension kena call n follow up.. dan hasilnya tak seperti yg aku jangka.. dapat diskaun rm50 sbb kesilapan pihak sana.. ermmm.. bunga dulang pun bagi aku terlalu simple.. nampak sgt siapkan order aku last minute sedangkan aku dah tempah awal2 lg.. aduhhh..

tapi hasil dia bolehla.. family aku puji kata cantik.. aku pun xmo la pening2 kepala fikir benda remeh2 ni.. harga berpatutan.. mmg jauh lebih murah dari another vendor..

seperti aku kata, spesifikasi aku sgt jelas.. tapi kalo ada yang tak faham apa aku nak, mmg buat aku rasa geram!

3) Bunga Dulang Dip (handmade by thebunga.blogspot.com)

kira ok la.. dlm gambar nampak cantik kan?

4) Tirai bilik pengantin

aku kan dah buat angan2 nak pasang tirai dari hujung siling tu smpai hujung bilik.. ok.. dah berjaya yer.. apy apy dpy gak aku pasang tirai bilik!

5) Bunga tangan stokin (handmade by thebunga.blogspot.com)

yg bunga tangan ni aku sgt2 suka.. sgt cantik dan sangat lawa dlm gambar.. ada sapa nak sewa? hehe..

6) Inai tangan corak2..

yg ni aku rasa mcm membazir gak.. hehe. tapi xpela, sekali jer nak merasa pakai inai corak2 ni.. aku amik pakej bridal kat andaman ni.. tp rasa mcm corak tu terlampau besar la.. sekali dgn inai hujung jari, tapi inai tu langsung tak pekat.. tengok jari aku tu.. tak pekat langsung yer!

so malam tu aku pakai inai daun.. tu yg jari berbungkus dgn plastik tu.. inai daun lebih original lagi merah dan best.. petua nak merah kan inai, letak la asam limau.. blh limau nipis atau limau purut.. perah kat daun inai tu sebelum tumbuk.. kalo ikut resepi aku, aku blender jer.. hikhik.. sgt malas k.. tp blend la sikit.. mmg halus giler inai tu aku blend.. senang n cepat! pakai blend kering tu tau.. jgn letak air! perah air asam limau tu je dh cukup.

7) Bantal nikah
bantal nikah ni aku jahit sepasang.. utk en.kanda n aku.. aku suka bantal nikah aku.. hehe.. sentimental value k..


8) Bantal Alas Hantaran

bantal alas hantaran ni aku jahit sendiri.. guna kekabu.. aku suka sgt hasil dia.. cantik kan? bagi aku cantikla.. aku jahit dgn penuh rasa kasih syg tau.. ni mmg aku dah angan2 nak buat.. bila dah jadi rasa sgt2 best tau..

9) Kelambu pengantin..
suka sgt dgn kelambu pengantin ni.. cantik tau.. romantik sgt.. ahahha..

10) Bunga2 cinta
aku wat hiasan kat tepi2 kelambu tu.. so sweet dlm gambar..

11) Pomander ball yang tak jadi pomander sgt.. haha
ni kes aku tak jumpa kabus bulat2 tu so aku beli kabus yg bentuk silinder.. aku potong la beliau.. so jadi la pomander ball berbentuk separuh jer.. aku just letak kat meja solek.. hahah.. kes malas nak buat bunga ros hijau tu lagi..

12) Bunga kristal yg tak jadi!
kan aku ada pintal2 dawai nak jadikan bunga kristal tu.. tapi sbb aku fikir aku agak malas.. so aku just buat dawai2 kristal tu jd hiasan bunga kat meja solek.. hikhik.. sila jangan malas seperti saya yer..


rasanya tu je review aku utk majlis perkahwinan aku ni.. kalo ada apa2 nnti aku update k.. insyaallah esok dah nak g honeymoon.. ye ye.. bestnya dpt g jalan2 dgn org tersayang..

mood pas kawin adalah sgt happy.. happy sbb bangun2 tido dah ada en.suami kat sebelah.. ermmm.. happy sebab hubungan cinta selama ni dah direstui oleh kedua2 belah keluarga.. doakan semoga semua dpermudahkan.. semoga rumah tangga kami aman bahagia dan cepat2 dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah..

eh, apsal aku blh update belog tgh malam ni.. haha.. en.suami g outstation la.. esok tghari kitaorg nak g honeymoon.. ye ye.. daaa!




Tengahari tadi dah antar kain semalam utk jahit tepi.. jahit tepi kat kedai aunty manik yang sombong giler tu.. ooo, xde citer kat sini yer psl aunty tu.. tak suka sgt pegi kedai tu.. masa aku nak buat bunga telur dip hari tu, aku ada guna mutiara kecik2 ni.. beli kat kedai aunty ni jer sebab aku terlupa nak beli masa shopping kat nilai3.. so bila dah abis tu aku nak beli la lagi mutiara kecik2 tu lagi. tanya kat aunty tu..

"aunty, ada tak mutiara yg color cream bulat2 mcm ni.. " (sambil aku tunjuk cth mutiara bulat2 tu kat aunty ni)

"u beli sini ker?.. xada xada.." (sambil mata tak pandang aku langsung)
"u cari sendiri dalam itu plastik, kalau ada, ada la.. xada xadala.." (sambil tunjuk pada aku dua plastik besar yg ada manik ntah apa2 color..)

huuuhhh... dgn sombong giler aunty tu ckp mcm tu dgn aku.. aku malas la nak lama2 kat situ terus aku blah jer.. patutla kedai tu suram jer.. dalam hati aku dah kata, aunty simpan saja itu manik, jgn jual kat sape2 yer aunty, saya xkan dtg kedai aunty lagi.. (tp tadi aku dtg gak nak jahit tepi kain tu, tapi mmg perangai sombong aunty itu masih sama.. eiii dah la kena 6hinggit.. aunty sgt cekik darah tau aunty..)

disebabkan aunty tu tak nak jual mutiara kecik2 tu kat aku, aku terpaksa tukar balik pattern bunga telur dip aku tu.. memula aku letak mutiara bulat kecik2 tu dgn kristal color hijau kat tgh bunga then aku tukar semula, aku tak jumpa mutiara yg sama kat kedai lain so aku pakai mutiara yg bentuk oval tu + dgn kristal hijau..

ada dalam 10batang bunga telur terpaksa dileraikan dan dibuat semula tau..

abis psl citer aunty sombong dgn kedai jual maniknya..

sambung citer diy bantal hantaran aku yer.. so aku pun dgn semangatnya jahit la sendiri kain2 tu.. seperti biasa aku terasa lama kalau aku nak jahit pakai mesin (kena balik umah kat johor jahit guna mesin mak) so aku pun jahitla sendiri.. jelujur rapat2.. so aku tak perlu la jahit mesin lagi.. petang tadi pas balik keje cari renda yang color gold utk letak kat bantal tu.. usha2 butang yg bulat2 tu tapi agak mahal la..

so kena cari alternative lain.. butang kain.. tp tu pun se je dah 80sen.. aku kena guna 40biji butang sebab satu bantal 4 butang kan..

Macam kat gambar tu la.. yg besar tu 80sen, yg kecik skit 60sen, yg kecik mcm gmbar tu 40sen kot.. kain kita kena bawa sendiri la kat kedai tu.. dia akan tlg watkan button.. mcm menarik kan.. nanti nak tengok ada tak baki2 perca kain semalam.. agak2 muat ker wat 40 biji button ek..

kat hujung2 bantal tu nak letak jurai2 mcm dlm gambar tu.. cari kat kedai langsir xde pun.. ada jual kat kedai butang tu tapi xde color yang aku nak la.. ermm.. xpe.. nanti blh cari lagi..

tadi aku dah siap jahit 2 biji bantal.. kira sarung bantal je la.. siap dengan jahit reben tu.. progress sgt bagus kan..

gambar xyah letak dulu yer.. semangat betul aku kan.. rasanya hujung mggu ni aku nak siapkan jelujur sume bantal ni n jahit riben.. jahit riben tu agak cerewet sikit..

nak wat cmner kan.. nak jadi pengantin budget tapi angan2 mewah.. hahaha.. so banyakla yang kena diy sendiri..

lepas ni aku nak diy utk template kad kawin aku pula..

pomander ball tu?

ermmm.. tak jumpa la bola2 kabus tu.. masa pegi nilai3 hari tu ada nampak tapi tak beli.. aku rasa yg pomander ball ni tunggu aku betul2 rajin.. kena diy mana yang penting dulu..

bunga tangan kristal tu?

ada dlm 20btg dah pintal dawai.. termasuk dgn kristal color putih.. xpe, bila rajin aku sambung lagi..

bunga telur dip?

nak siapkan dlm 30btg je lagi.. daun n kelopak bunga sume dah ada.. kena cantum2kn.. insyallah sebelum abis bulan julai ni aku dh blh siapkan bunga telur aku.. apy bila ada diy yg dpt settle..


k.. sambung next entry yer..





Hari ni adalah entry berkenaan kristal yer kawan2.. malam tadi punyala bersemangat aku memintal dawai2 iteww utk dijadikan bunga tangan kristal aku ler.. huhu, lepas pintal 3 batang dawai, lalu aku campakkan dawai itu ke tepi..

Kenapa?

Sebab lenguh tangan aku memintal dawai yg keras tu.. jadi pengajaran utk aku ialah mencari dawai yang lebih lembut sikit supaya pintalan tu nampak lebih kemas dan lebih cantik.. so dawai yg ada tu xbleh buat pintal bunga tangan lagi, kena beli dawai lain..

kat senawang di kedai bunga pengantin tu ada jual dawai lembik2 ni tapi mahal la.. (kalau aku kata mahal tu mmg mahal la, dahlah lembut pendek2 pulak dawai iteww.. tapi aku rasa dawai lembut tu sesuai utk projek bunga tangan kristal aku ni..)

ini ialah contoh dawai yang aku pintal mlm tadi.. (carpet aku iteww sgt sedap utk menguling2kan badan.. gebu2 gitu.. carpet sutera yang aku dapat free jer dr abg aku.. harga carpet itu mampu membayar baju nikah aku yer.. agak2 kalo xde duit aku jual carpet mau kaya aku.. hahaha)

Selepas projek memintal dawai aku menemui jalan buntu aku pun menghabiskan malam aku dgn melihat cerita katun barbie yang telah aku download secara haram..

Then pagi ni bos aku telah menunjukkan kat aku 3 utas gelang kristal yang dia beli dari Indonesia.. sangat cantik yer kawan2.. oleh itu terimalah posing dari tgn aku utk tatapan semua.. ahahaha..

yg ni design dia sgt unik kan.. belum penah tengok org ikat cmni..

tangan model ini bukan utk dijual yer.. sangat sesuai kan dgn tangan itew.. tulah aku dh minta free jer, tak tau la dpt ke tak.. present besday pun ok gak kan..

lihat tangan iteww yer, begitu tamak sekali ia memakai gelang2 kristal swarovski itu.. lihatla dunia, jelita kan!

Ini ler gelang2 yang telah diorder.. sangat cantik dan harga dia lebih murah banding beli kat sini.. ni kristal swarovski tulen yer kawan2..



sekian entry bergambar dari aku.. next entry please..





Ermm.. tetiba je rasa nak buat bunga tangan DIY guna baki kristal bunga pahar aku tu.. ada survey kat Internet, tp mostly BTB kat Malaysia tak buat bunga tangan guna kristal bulat2 ni.. kebanyakannya guna bunga stokin, bunga dip or fresh flower.. tapi memandangkan aku memang ada banyak balance kristal dari bunga pahar tu better make used of it kan.. kalau tak buat bunga tangan pun blh buat hiasan bilik pengantin, buat byk2 n letak kat pasu2 kaca..

Yup.. aku tak mampu nak upah org hias bilik pengantin so kena perah kreativiti sendiri utk jadikan bilik pengantin aku nanti cantik n nampak exclusive.. lgpun membazir kalau biar je kristal itu membazirkan diri dia.. ada satu bekas tupperware tu, sbb aku beli sekali byk kat nilai3 hari tu.. (tp kan kalau buat deko bilik pengantin sendiri lg byk keluar duit sbb nak beli mcm2.. hehe..)

Ni antara gambar bunga tangan kristal yang aku dapat dr en.google.. very the cantik la..

yg ni gabungan mutiara n kristal color coklat n putih.. rasa nak buat mcm ni sebab dh ada kristal color coklat tu.. simple tp cantik kan.. kena beli mutiara sikit la.. suka yg ni.. suka suka!

kristal putih jer.. ni utk hiasan pasu2 kecil.. blh deko kat bilik.. cantik cantik..

ni ok ok la.. tp still tema yg sama.. bunga tangan kristal..

rasanya penggunaan riben mempengaruhi kecantikan bunga tangan tu la.. kena guna riben besar, lilit kat dawai tu pastu buat ikat riben.. kena guna dawai yang panjang tau.. boleh ikut tema majlis anda yer.. yg bunga ni dawai dia silver.. sweet sweet!

so pegang mcm ni la.. tapi harap maklum bunga tangan kristal ni xboleh main baling2 macam pengantin omputih tu yer.. blh benjol kepala kawan anda kena baling dgn bunga ni.. huhuhu.. cantik kan kalau tangkap gambar..


Rasanya idea bunga tangan kristal ni mampu aku realisasikan la.. aku kan terlebih excited mau kawin.. hehe..

Malam tadi sibuk pintal2 dawai utk bunga pahar aku tu.. rasa mabuk hidu bau thinner n gam dip tu.. utk 10 batang dawai aku bahagi 3 jd aku blh dapat utk 10 batang je bunga pahar sbb satu bunga 3 daun.. mlm td aku buat 60 helai daun dip..

Untuk kelopak bunga dip, satu bunga aku perlu 6 helai kelopak.. so 1 dawai aku bahagi 3 jd 2 dawai bru dapat satu bunga.. jadi bayangkan kalau aku perlu buat 100 bunga pahar.. berapa banyak aku perlu beli dawai dan pintal dawai.. ye kawan2, mari kita buat kira2 matematik yer..

Jadi janganla korang tak dtg majlis pengantin aku nanti.. huhuhu..

ni la daun dip yg aku buat utk letak kat bunga pahar aku tu.. design daun konon2 ikut mcm natural la.. so aku bagi lekuk daun tu ikut selera aku je la.. hikhik..

ye ye.. berjaya buat 60 helai daun dip..

ni adalah cth design daun mengikut tema "ikut suka hati aku la asalkan daun itu lekuk"
jadi jangan tanya kenapa daun bunga pahar korang lain dr kwn korang yer... sbb itu adalah berdasarkan tema aku yg tersebut di atas itu.. huhuhu


sambung berangan di next entry yer.. daa