Showing posts with label tarikh kawin. Show all posts
Showing posts with label tarikh kawin. Show all posts
Aduhhhh, walaupun dah bertunang 5 bulan dgn en.kanda, kami still xde tarikh fix utk wedding kami nanti.. disebabkan semangat utk jadi bride to be, aku still teruskan persiapan perkahwinan aku sikit demi sikit.. dgn harapan aku tak perlu buat persiapan last minute mcm masa kitaorg bertunang dulu.. beli sikit2 apa yg perlu supaya aku tak terasa byk brg yg belum beli.. buat bunga telur sikit2 supaya aku dpt isi masa terluang aku..

Bila tanya kat en.kanda, dia pun tak sure bila nak tetapkan tarikh.. so cmner aku nk pilih tarikh.. aduhhh, cdg lps raya nak pegi kursus kawin tp bila tarikh kawin? aduuhhh lagi..

ikut family aku lebih cpt lagi baik.. mcm lepas tunang tu, kalau blh bulan 6 ni family aku nak terus langsung tp ikut family en.kanda, nak lepaskan adik dia dulu sbb adik dia dah btunang lbh awal.. so last week wedding adik en.kanda n lps ni baru fikirkan majlis kitaorg pula..

entahla.. bila mak kata bulan muharam xberapa elok utk majlis kahwin, aku pun tak tau bila nak pilih tarikh.. tahun depan 2011? ermmm, ntahla.. aku rasa down la bila fikir nak pengantin tahun depan.. sedangkan nak tunggu hujung tahun pun aku rasa lama.. huhuhu..

ni sibuk memerint kalendar islam.. nak belek2 tarikh utk adjust2 gak tarikh wedding aku.. belek belek lagi.. dah buat kajian tadi, mengikut pendapat ulamak, xde halangan kawin pada bulan muharam cuma certain org anggap tu bulan yg tak berapa baik la..

xpe nanti discuss lagi dgn mak.. ermmm actually tarikh pengantin sape yg kena pilih yer? pihak perempuan ke pihak lelaki? aduyaaiiii lagi...


p/s: tu aku rasa jgn tunang lama2.. masa tunang terus pilih tarikh, terus langsung so xde masa nak runsing2 nak pilih tarikh mcm aku ni... huhuhu


Mak kata kenduri xleh pilih bulan Muharam, xberapa elok.. ermm tp kata aku pulak..

"ala kan tu bulan 12 mak, masa tu kan cuti sekolah.."

aduhhh, mak kata pulak nk xbleh ke bulan 10.. aduuhhh lagi, makin cepat pula ker? banyak kena fikir ni.. rasa mcm byk dh fikir tp byk lagi yg kena fikir.. sebagai bakal raja sehari ni, rasa byk benda la nk buat, yelah kawin sekali je kan (ni ayat skema utk org yg tgh apy2 mcm saya..haha).. sume bakal bride to be mesti nak perfect la.. nak fikir baju nikah, nk bg souvenir apa, bunga telur apa..

opppss, mak kursus kawin pun belum pegi lagi la.. cmner ni? cdg dgn en.kanda nak pegi pas raya je.. 2 hari je kan.. en.kanda suruh pegi sendiri tp mana best pegi sendiri, mestilah pegi dgn bakal somi.. baru dpt dengar ustad yg ceramah tu sama2 jd penghayatan tu lebih lg la.. begitu la hujah2 yg aku keluarkan bg menepis cdgn en.kanda utk suruh aku pegi dgn kwn aku kat sini je..

setakat ni la, aku dh wat 45btg bunga telur hand made sendiri tau.. buatan tgn aku dr potong dawai guna playar, pintal2 dawai tu jd kelopak bunga, celup2 dip.. haaa, buat bunga telur dip mmg mencabar minda aku.. dr satu2 kena buat.. konon2 byk masa free duk umah sewa ni, blhla nk DIY sendiri bunga telur tu.. tiap satu tu aku kena buat.. dr buat dia nyer riben, daun, kelopak bunga, manik2, n keje memintal dawai.. tp mmg puas ati sbb sume aku yg wat sendiri.. n aku dh cucuk kat tempat pahar tu.. bila tengok je, rasa nak kawin, tengok jer rasa nk kawin.. hehehe..