Showing posts with label baju pengantin. Show all posts
Showing posts with label baju pengantin. Show all posts
Mari kita cerita pasal baju pengantin..

Sebagai BTB yang excited, aku suka surfing Internet tengok baju2 pengantin n fesyen2 yang cantik2 bagi merealisasikan majlis aku nanti.. seperti yg aku jelaskan kat entry sebelum ni, aku de tempah andaman utk majlis mkn beradap nanti.. dan hasil dari perbincangan dgn akak tu, dia kata ok, blh buat makeup mata mcm aku nak tu.. so aku proceed je la ikut plan asal. (cerewet kah aku? cheewaahh.. jd pengantin kena cerewet tau.. betul betul!..)

Jadi..

Sekarang ni aku dah terlebih perbelanjaan la pula.. sebab aku nak tempah baju kebaya Indonesia tu gak.. cmner ni? aduyaiii...

Jadi...

Aku rasa aku blh jadikan kebaya iteww baju bertandang masa pegi umah en.kanda.. sebab aku mmg tak fikir utk baju bertandang lagi.. agak relevan juga kan..

Sebab...

Aku teringin gak nak pakai baju yang aku nak sewa baru kat akak andaman tu.. baju jubah leher cekak musang n butang dr paras leher ke pinggang.. (spesifikasi ini sgt jelas yer, akak jgn outer2 tau, saya sgt suka design begini..)

Sebabnya lagi..

Kalau tempah sendiri fesyen jubah pengantin ni, sure2 la mahal giler sbb aku ada terbaca BTB yang wat fesyen mcm ni utk upah jer paling murah rm800++.. eiiii xmampu aku nak keluarkan kos sebegitu mahal utk tempah baju sahaja.. itu x termasuk kos kain.. kalau jubah perlukan lace yg banyak la.. dan kain utk lining lagi.. so utk pakai baju jubah butang2 byk ni aku rasa aku perlu teruskan plan asal aku.. (kalau akak tu ikut gambar yang aku nak, aku nak blkg dia panjang2.. veil dia labuh..)

Untuk membuat korang setuju dgn plan aku yang agak melebihi budget ni, aku attach sekali gambar baju yang membuat aku rasa best kalau dpt pakai.. (even aku terlebih comey pun, aku tetap nak pakai.. aargghh xkira, nak gak.. hehee).. sewa baju baru tambah seratus jer dr harga pakej tu.. relevan kan?

ni gambar yg aku dpt dr tempat andaman lain.. aku sgt suka fesyen ini.. sgt suka butang2 itu.. aku request color gold+cream.. tpulang la kat akak tu nak beli kain cmner.. plg penting detail dia leher cekak musang n butang2 itu..

pastu akak ni blh wat corak2 inai tu.. inai ni pun aku dh masukkan dlm pakej yg aku nak tu.. (harap maklum pakej yang akak ni bagi mmg murah n sgt2 relevan utk budget aku.. sume ni aku dpt bwh dr seribu, dgn 2xmakeup yer, inai penuh kaki tgn, baju sepasang L&P, pelamin mini n aksesori la..)

dapat buat full inai utk tangan dan kaki.. dan aku sangat2 mahukan inai sebegini yer.. ni termasuk dlm planning aku yang aku buat sebelum aku masuk sekolah lagi yer.. (muda2 dah berangan nak kawin..kantoiii...haha)..

aku suka, aku mahu, aku sangat suka dan mahu inai yang corak2 mcm ni.. pose utk baca doa mcm ni sangat cantik dalam gambar pengantin kan..


Untuk baju kebaya Indonesia aku, rasanya if dah siap la lebih kurang mcm gmbar ni kot.. ni gambar yang aku snap masa jalan kat nilai3 hari tu.. rm280 sepasang n org kedai tu kata blh bagi free 4.5m kain satin lelaki.. aku tanyakan utk kwn seopis yg tema pengantin dia color kelabu.. aku mana bleh pakai kebaya ready made.. aku kan cute terlebih..

lebih kurang la mcnni tapi lace aku len skit dr ni n kerawang dia pun lain.. kain tu aku nak tempah ala2 duyung cmni gak.. jahit manik tu aku nak simple je la.. tu mcm byk sgt la manik.. lagipun aku nak full lining.. pengantin muslimah la katakan..

Untuk baju nikah, xmau bagi contoh la.. tu special skit.. tp cam aku bgtau tu, aku wat kain chiffon tampal lace.. kurung moden jer..


Tu je la... next entry la yer... waaahwaaaahuaaa (ngantuk la dah..)




Penat penat... penat berjalan kat nilai 3 sepanjang hujung minggu ni..

Apa yang aku cari?

Ingat tak entry sebelum ni pasal kain kebaya labuci yang aku 'terbeli' kat Indonesia tu.. so dengan tekadnya aku pun pergi la cari kain satin utk dipadankan dengan kain labuci kebaya itu.. so hari sabtu tu, aku pun pegila dgn 2org member aku utk meng'survey' kain satin itu.. dgn berbekalkan gambar kain kat hp aku jer kitaorg pun pegi la cari kain satin yang bersesuaian..

Matlamat: Kain satin color coklat yg sesuai
Harga: Value dan tawar harga paling murah.. (hehe, biarpun aku terpaksa panggil bangla tu abg, aku tetap akan panggil gak asalkan aku dpt harga diskaun.. sorry en.kanda, syg bukan menduakan abg dgn abg bangla tu yer..)
Target berjaya ke tak: Separuh berjaya jer ... (huhuhu...)

ni la kedai yang aku beli kain satin pada hari sabtu iteww..


Kenapa hanya separuh berjaya?

Disebabkan excited nak beli kain satin utk kebaya labuci aku tu, dengan ketidakprihatinan nya aku terlupa nak beli kain sedondon utk wat baju melayu en.kanda... maka terpaksala aku merayu member aku utk pegi balik kat nilai 3 utk pegi kedai sama n beli kain satin 5m untuk en.kanda pula.. takkan aku jer pakai color coklat, nnti tak sedondon pula pasangan pengantin iteww kan..

so hari Ahad tu kitaorg pun pegila kat kedai semalam tu untuk beli kain satin yg sama.. dah cdg dah ni, pasni kita lepak alamanda la pula.. ingat nak pegi tengok wayang citer yg ada tom cruise dgn cameron diaz tu.. dah tu aku pun tanya la kat abg bangla tu..

"En.bangla... itu kain semalam color coklat2 itu ada ka?.." (harap maklum slang utk ckp bahasa bangla perlu diolah sebegitu yer, ini bukan bermakna aku telah menukar status warganegara aku yer..)

"Itu kain ka.. banyak kejap saya periksa itu kain..itu kain 4meter saja ada tinggal.."

4meter je? mana cukup utk en.kanda buat baju melayu.. mengikut pengiraan mata kasar aku mengukur isipadu badan en.kanda.. kena guna 5meter kain la.. en.kanda kan tinggi, lebih 20cm drpd aku.. takkan lagi semeter aku nak belikan color lain pula..

jadi terpaksa la aku n kawan aku pegi cari kat kedai2 lain kat sekitar nilai 3 tu.. rasanya setelah hampir 15 kedai kain menjadi mangsa kerakusan mata aku, dan aku yang ketika itu hampir2 terpedaya utk membeli kain nak wat baju raya lagi..

"Mcmni la, kain yang semalam tu jual kat cah je la.. blh buat baju kurung kosong, cantik gak color dia.. beli la kain color lain, susah nak cari color sama mcm kain semlm tu la.." (kawan aku membuat cdgn bernas yang menyebabkan aku rasa terharu gila..)

"Boleh ker, xpe ke ni, xmenyusahkan ker nak beli kain tu.." (aku bertanya dgn control2 nafas dan membuat muka simpati.. harap2 kwn aku tak tukar fikiran dia.."

Dan akhirnya aku pun jual kain satin color coklat semalam tu kat kwn aku jer.. n aku pun pegi la cari kain coklat satin color lain kat kedai lain.. n aku pun teringat kedai yang aku beli kain lace cream dulu tu, nk tengok kat situ la.. so dgn berjayanya aku dapat tawar kain satin color coklat lembut 9meter.. 4meter utk aku n 5 meter utk en.kanda..

Kain satin kat kedai ni sama mcm kain yang aku beli utk kain nikah hari tu.. kat gmbar tu kain satin nikah aku, color cream.. kualiti memang sangat cantik n sangat halus.. pengalaman mencari kain satin di lebih dr 15 kedai telah menjadikan aku pakar menilai kualiti kain satin ye kawan2.. haha.. yang paling best aku berjaya menawar kain satin ini yang harganya rm20++ semeter kepada rm10 semeter sahaja.. kualiti dgn kain coklat sebelum ni ada beza sikit, yg ni lebih halus n ringan.. (tapi actually aku suka sgt color coklat yg beli awal tu, sbb kain tu mmg cantik color dia n jarang jumpa color mcm tu sbb tu nak cari kat kedai lain mmg xde. huhu..xpela, bukan rezki aku kan..)

Pastu kitaorg dengan muka penat pun bertolak la balik.. dah tak larat nak pegi alamanda dah.. so pas mkn chicken chop kat kedai bawah azue bridal kat Bangi tu kitaorg pun balik umah daa... ponat ponat..

Dalam pkul 7pm aku pun bertolak la balik N9 semula..

Eh, lupa pula nak story kasut crocs aku.. haha.. bukan yang original yer.. aku tak mampu beli original.. (baik beli cap buaya crocodile.. hehe..)

Gambar itu ialah kasut crocs tidak original yang berjaya aku sambar ketika pegi Downtown Jalan Reko kat Kajang.. dan yang paling best aku berjaya tawar gak kasut itu dgn harga 23hinggit jer.. dapat la tawar 2hinggit.. design2 lain dia jual 15hinggit jer.. okla bagi aku yang tak penah pakai kasut crocs seumur hidup aku ni..

Aku pegi kat situ nak jenguk member aku yang buka booth kat situ.. still tak banyak kedai mcm downtown cheras tu tapi okla gak.. nanti mesti lagi ramai org, sbb kat situ baru je buka.. dulu masa aku duk kajang belum ada lagi..

sebelum tu dengan baik hatinya kawan aku telah membelanja diriku makan di restoren kat Bangi tu.. cantik restoren itu.. dengan jambatan goyang2 yang tak sempat aku nak naik sebab banyak budak2 atas jambatan iteww... (malu la nak naik.. tapi mahu..huhuhu..)

ada air2 terjun gitu... mcm romantik2 jer pemandangan iteww..

aku yang tidak abis makan.. nasi tu sedap tapi daging iteww sgt keras yer.. tp kira best la sebab mkn free..

Pas makan baru pegi pasar jalan reko tu, eh, nape citer tak ikut susunan ni.. xpela yer.. yang penting aku berjaya mkn free n berjaya gak dalam misi mendapatkan harga murah..


sambung next entry yer.. daaa




Oh baju..

Dilema untuk bakal pengantin adalah nak cari baju yang sesuai dengan budget yang berpatutan.. Ada yang kita blh beli jer kat butik, ada yang beli baju kebaya siap indonesia yang banyak jual online.. Ada tu aku jumpa mmg murah dan cantik tapi.. ada tapinya la..

Tapi..

Mana sesuai utk aku yang terlebih comey ni.. If beli pun kena hantar outer utk sesuai dgn tubuhku yang comey terlebih ni.. Untuk baju nikah aku dah antar pun kat tailor utk buat baju kurung moden je, kain chiffon tampal lace labuci.. should be ok la kecuali tailor tu saje je nak wat baju nikah aku tak lawa.. hehehe.. (aunty kalau jahit tak cantik, saya saman aunty tau.. )

Then aku ada terbeli, diulangi terbeli kain lace kebaya ada labuci2 kat Indonesia.. tapi 'terbeli' aku ni taklah terasa sangat sbb aku bayar guna akaun paypal aku yg memang ada duit kat situ.. (actually duit dalam paypal ni di transfer oleh abg aku n aku just guna utk beli reward point main mafia wars kat fb.. huhuhu, yup, i'm addicted to mafia wars, level nk dekat 1000 dh.. oppss lari topik lak..)

So dari aku gunakan paypal tu utk main games je better aku beli something yang blh aku guna kan.. so i'm buying la kain lace kebaya dari Indonesia ni.. harga mmg ok dan dapat jimat banyak berbanding beli kat butik2 kebaya online kat malaysia ni tp kos pos agak mahal kalau pos selai jer tp if korang beli pakat satu opis, price tersangat la murah.. (murah tu maknanya mmg murah sbb kain yg aku beli ni kalau kat butik online sini harga cecah rm250++, tapi aku dapat dgn harga less dari rm100~not include harga pos la).

Pos dari Indonesia ke Malaysia dah naik harga sbb tu value kalau order more than 1pieces, tapi still murah berbanding beli kat Malaysia la.. If cari kat kedai pun kain ni still more expensive tau, sebabnya penuh dengan labuci n kerawang2 kebaya yang tersangat cantik..


Ni contoh kain kebaya lace labuci yang jual kat Indonesia tu, tapi aku tak beli yang ni tau, yg aku nyer lebih meriah labuci itu, berlingkaran di keliling lace iteww..

Jadi sekarang ni aku tengah confius utk menempah sekali baju kebaya kerawang2 labuci aku ni ke tak.. tapi.. tapi kalau tak tempah aku dah 'terbeli'.. harus bagi pada siapa pula kain tu? Aku dah tanya kat tailor yg jahit baju nikah aku tu, harga ok la, tak mahal pun sbb dia bg aku diskaun sbb dh tempah baju nikah n baju raya kat dia.. Aunty tu ckp nak buat baju kebaya lace yg ada kerawang2 ni agak susah sbb dia kena buka semula jahitan2 manik tu sikit. lagipun aku nak kebaya tu full lining.. with kain ala2 duyung tu.. kain blh upah jahit beads sikit.. tu blh mnta member aku jahit.. (kalau aku yang jahit, maknanya aku pakai je la kain tu kosong je.. mana ada seni tgn aku ni pegang jarum, wat bunga telur kena pintal dawai pun dah cedera2..huhuhu)

Kebaya ni boleh buat utk majlis makan beradap.. utk veil masa mkn beradap ni, mak andam kan ada.. tu xyah la nak buat lagi.. mau bankrup kalau sume nak beli n buat sendiri.. tp ada ternampak DIY veil yg other BTB buat.. mcm menarik tp tu nanti la fikir..

Sebenarnya ikut aku baju makan beradap n baju bertandang nak sewa je la.. tapi rasa mcm nak cancel booking dgn mak andam yg aku ada tulis before this.. yg aku amik pakej tu.. tp better deposit yg rm200 tu aku just proceed with pelamin mini tu je.. so just amik pelamin mini je dgn dia.. other take another bridal boutique.. (tapi ni kalau akak tu xnak terima suggestion aku xmau eyeshadow color shining2 n eyeliner tebal seinci tu.. pakej dia harga berpatutan, baju dia cantik, pelamin dia meletup lawa, makeup dia pun smooth je cuma eyeshadow tu aku tak bkenan sgt la.. yg penting kat mata la kan, kan dari mata turun ke hati.. )

Then aku baru teringat aku ada lagi satu helai kain sari pengantin yang akak aku bagi masa dia pegi India dulu.. dah lama dah kain ni since aku belum bercinta lagi dengan en.kanda lagi tau.. sume adik beradik dapat sorang selai.. n aku dapat gak.. color hijau pekat.. dia ada corak2 mcm sulam2 emas tu.. standard 6meter la panjang kain ni.. (sbb kain sari kan mmg panjang n pusing2 badan mcm org india tu la..kat bwh ni cth kain sari yg aku google je, kain sari aku tu sulam emas dia lagi rapat n halus lg..color lebih kurang sama mcm kat bwh ni..)

Opppss... aku bukan nak wat tema pengantin India yer.. aku rasa nak buat baju kurung riau la.. pastu lining dgn kain chiffon yg biasa2 tu, bkn chiffon yg mahal la, yang org slalu wat lining tu, bape hinggit ntah, hari tu ada tnya kat jakel.. bila ada lining kain sari tu akan lebih terletak di badan si pemakai yer.. supaya aku sentiasa cute mute jer..

tapi patutke aku tempah juga kain sari ni.. relevan ke dgn budget aku ni.. tapi tak relevan pula pakai kain sari ni kat tempat lain.. ermm susahnya nak me'relevan'kn angan2 aku dengan budget aku yang tak seberapa..

korang mesti ada byk duit terlebih kan? pe kata korang derma je kat aku duit korang tu.. sian aku, aku anak yatim, anak yatim kena ditolong lagipun bantu org mendirikan masjid banyak pahala tau.. rasa2 nak derma korang bgtau je la.. aku sudi je terima, derma ikhlas tau, no blanje2, no hutang budi tergadai body ek.. tak rela tau.. daaa..

to be merapik in another entry..


Hujung bulan May lepas aku n akak aku pegi la kat satu andaman pengantin ni.. sebab aku surfing internet n aku suka pelamin mini yg mcm zaifie nyer tu n akak ni kata blh buat pelamin mini mcm tu.. then cdg2 nak tengok2 la gambar baju pengantin yang ada n nak sewa la.. so boleh buat booking awal utk hjg thn nanti..

Berkat dari hasil sogokan kepada akak aku utk temankan aku pegi tengok baju pengantin, aku pun pegi la kat situ.. so tengok punya tengok.. belek punya belek (betul ke eja belek tu ek?..) aku pun pilih satu baju kebaya ringkas tp labuh color oren.. diulangi oren yer.. hahaha.. akak aku dah pandang aku semacam.. yelah tema aku kan color gold+cream+hijau.. cmner leh dtg oren tu yer? entahla, aku suka beads dia, simple tp menarik..

aku kata kat akak andaman tu,
"boleh kan kak baju color oren ni? mcm gold2 gak kan?.."

"ermmmm, xpe kita boleh letak bunga2 oren kat pelamin tu dik, nnti sesuai la tema adik.."

Harap maklum oren adalah oren dan gold adalah gold.. hahaha.. so balik dari andaman n setelah aku membayar booking pakej sebanyak rm200 itu, aku telah berjaya di'psycho' oleh akak aku yang kata oren tu mana sama dgn gold.. issskkhh, xsama ker, nape aku tengok mcm sama jer?

en.kanda seperti biasa percaya kepada pilihan hati tunang tersayangnya ini dan menyokong apa yang aku pilih walaupun ada bunyi sangsi sikit bila tengok baju tu color oren.. xpe xpe.. aku pun dgn selamba pegi lagi surf kat facebook akak andaman itu utk tengok baju2 yang lain..

"akak, xde baju2 baru yang color gold ker? hari tu pegi kedai byk xde la.."

"skrg musim kawin dik, kalau pegi lps cuti sekolah ada byk baju blh pilih.."

"baju baru kena bayar berapa ek kak?.."

"baju baru tambah rm100 je dik.."


seratus jer?... huhuhu, maka dengan berjayanya aku pun setuju untuk buat baju baru yer.. baju baru yang akan dibuat molek2 dgn tubuh badanku yang cute ni.. so aku pun surf la utk fesyen apa yang aku nak buat ni.. aku minat dgn fesyen jubah.. yang ada butang dari leher ke paras pinggang.. n ada veil panjang sampai kaki tu.. so cantik la bg aku.. so aku pun kata kat akak andaman nak fesyen macam tu n nanti aku balik johor lagi utk amik ukuran..

overall ok la urusan dgn akak tu sebab akak tu tak sombong n dia sudi layan aku yg banyak tanya ni.. n kain sume dia yang akan beli la.. aku minta color cream+gold.. so baju pengantin utk makan beradap n potong kek kembali semula kepada color tema yer..

hopefully sume jalan lancar n dipermudahkan la yer.. ermmm.. pakej dia pun okla.. still in budget..