Penat penat... penat berjalan kat nilai 3 sepanjang hujung minggu ni..

Apa yang aku cari?

Ingat tak entry sebelum ni pasal kain kebaya labuci yang aku 'terbeli' kat Indonesia tu.. so dengan tekadnya aku pun pergi la cari kain satin utk dipadankan dengan kain labuci kebaya itu.. so hari sabtu tu, aku pun pegila dgn 2org member aku utk meng'survey' kain satin itu.. dgn berbekalkan gambar kain kat hp aku jer kitaorg pun pegi la cari kain satin yang bersesuaian..

Matlamat: Kain satin color coklat yg sesuai
Harga: Value dan tawar harga paling murah.. (hehe, biarpun aku terpaksa panggil bangla tu abg, aku tetap akan panggil gak asalkan aku dpt harga diskaun.. sorry en.kanda, syg bukan menduakan abg dgn abg bangla tu yer..)
Target berjaya ke tak: Separuh berjaya jer ... (huhuhu...)

ni la kedai yang aku beli kain satin pada hari sabtu iteww..


Kenapa hanya separuh berjaya?

Disebabkan excited nak beli kain satin utk kebaya labuci aku tu, dengan ketidakprihatinan nya aku terlupa nak beli kain sedondon utk wat baju melayu en.kanda... maka terpaksala aku merayu member aku utk pegi balik kat nilai 3 utk pegi kedai sama n beli kain satin 5m untuk en.kanda pula.. takkan aku jer pakai color coklat, nnti tak sedondon pula pasangan pengantin iteww kan..

so hari Ahad tu kitaorg pun pegila kat kedai semalam tu untuk beli kain satin yg sama.. dah cdg dah ni, pasni kita lepak alamanda la pula.. ingat nak pegi tengok wayang citer yg ada tom cruise dgn cameron diaz tu.. dah tu aku pun tanya la kat abg bangla tu..

"En.bangla... itu kain semalam color coklat2 itu ada ka?.." (harap maklum slang utk ckp bahasa bangla perlu diolah sebegitu yer, ini bukan bermakna aku telah menukar status warganegara aku yer..)

"Itu kain ka.. banyak kejap saya periksa itu kain..itu kain 4meter saja ada tinggal.."

4meter je? mana cukup utk en.kanda buat baju melayu.. mengikut pengiraan mata kasar aku mengukur isipadu badan en.kanda.. kena guna 5meter kain la.. en.kanda kan tinggi, lebih 20cm drpd aku.. takkan lagi semeter aku nak belikan color lain pula..

jadi terpaksa la aku n kawan aku pegi cari kat kedai2 lain kat sekitar nilai 3 tu.. rasanya setelah hampir 15 kedai kain menjadi mangsa kerakusan mata aku, dan aku yang ketika itu hampir2 terpedaya utk membeli kain nak wat baju raya lagi..

"Mcmni la, kain yang semalam tu jual kat cah je la.. blh buat baju kurung kosong, cantik gak color dia.. beli la kain color lain, susah nak cari color sama mcm kain semlm tu la.." (kawan aku membuat cdgn bernas yang menyebabkan aku rasa terharu gila..)

"Boleh ker, xpe ke ni, xmenyusahkan ker nak beli kain tu.." (aku bertanya dgn control2 nafas dan membuat muka simpati.. harap2 kwn aku tak tukar fikiran dia.."

Dan akhirnya aku pun jual kain satin color coklat semalam tu kat kwn aku jer.. n aku pun pegi la cari kain coklat satin color lain kat kedai lain.. n aku pun teringat kedai yang aku beli kain lace cream dulu tu, nk tengok kat situ la.. so dgn berjayanya aku dapat tawar kain satin color coklat lembut 9meter.. 4meter utk aku n 5 meter utk en.kanda..

Kain satin kat kedai ni sama mcm kain yang aku beli utk kain nikah hari tu.. kat gmbar tu kain satin nikah aku, color cream.. kualiti memang sangat cantik n sangat halus.. pengalaman mencari kain satin di lebih dr 15 kedai telah menjadikan aku pakar menilai kualiti kain satin ye kawan2.. haha.. yang paling best aku berjaya menawar kain satin ini yang harganya rm20++ semeter kepada rm10 semeter sahaja.. kualiti dgn kain coklat sebelum ni ada beza sikit, yg ni lebih halus n ringan.. (tapi actually aku suka sgt color coklat yg beli awal tu, sbb kain tu mmg cantik color dia n jarang jumpa color mcm tu sbb tu nak cari kat kedai lain mmg xde. huhu..xpela, bukan rezki aku kan..)

Pastu kitaorg dengan muka penat pun bertolak la balik.. dah tak larat nak pegi alamanda dah.. so pas mkn chicken chop kat kedai bawah azue bridal kat Bangi tu kitaorg pun balik umah daa... ponat ponat..

Dalam pkul 7pm aku pun bertolak la balik N9 semula..

Eh, lupa pula nak story kasut crocs aku.. haha.. bukan yang original yer.. aku tak mampu beli original.. (baik beli cap buaya crocodile.. hehe..)

Gambar itu ialah kasut crocs tidak original yang berjaya aku sambar ketika pegi Downtown Jalan Reko kat Kajang.. dan yang paling best aku berjaya tawar gak kasut itu dgn harga 23hinggit jer.. dapat la tawar 2hinggit.. design2 lain dia jual 15hinggit jer.. okla bagi aku yang tak penah pakai kasut crocs seumur hidup aku ni..

Aku pegi kat situ nak jenguk member aku yang buka booth kat situ.. still tak banyak kedai mcm downtown cheras tu tapi okla gak.. nanti mesti lagi ramai org, sbb kat situ baru je buka.. dulu masa aku duk kajang belum ada lagi..

sebelum tu dengan baik hatinya kawan aku telah membelanja diriku makan di restoren kat Bangi tu.. cantik restoren itu.. dengan jambatan goyang2 yang tak sempat aku nak naik sebab banyak budak2 atas jambatan iteww... (malu la nak naik.. tapi mahu..huhuhu..)

ada air2 terjun gitu... mcm romantik2 jer pemandangan iteww..

aku yang tidak abis makan.. nasi tu sedap tapi daging iteww sgt keras yer.. tp kira best la sebab mkn free..

Pas makan baru pegi pasar jalan reko tu, eh, nape citer tak ikut susunan ni.. xpela yer.. yang penting aku berjaya mkn free n berjaya gak dalam misi mendapatkan harga murah..


sambung next entry yer.. daaa




This entry was posted on Monday, June 28, 2010 and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 comments:

    wildcutecat said...

    sy dapat bayangkan kepenatan beshoping di nilai 3 sbb suatu ketika dulu sy pun penah berada di tempat kak as. huhuhu

  1. ... on June 28, 2010 at 12:01 PM  
  2. cinta said...

    dengan panas giler masa tu as gagahkan juga mencari kain2 itu.. huhuhu.. xpe xpe.. kawin hanya sekali..

  3. ... on June 28, 2010 at 12:14 PM  
  4. wildcutecat said...

    betul tu kak as. tapikan masa tengah bejalan tak terasa penat. bila dah berenti nak duk rehat kejap tu yang gile terasa penatnye.

  5. ... on June 28, 2010 at 1:21 PM