Kali ni aku dedicated entry ni utk ex-housemate aku, lin.. takziah lin.. lin baru kehilangan ayah tersayang last week.. ayah lin meninggal accident.. alfatihah... lin tabahkan hati tau.. jgn sedih2 sgt.. doakan arwah ayah lin termasuk dalam golongan org beriman.. doa dan sedekah bacaan al-quran anak2 yg soleh tu peneman org tua kita kat alam sana..

ermmmm.. perasaan kehilangan org tersayang? mcmana yer?

tahun 2002 abah aku meninggalkan kami.. abah mmg garang dgn anak2 tapi dgn aku, abah sgt manjakan.. aku anak kesayangan abah.. abah meninggal sakit.. mungkin dalam perlahan2 kami dah redha kalau abah tinggalkan kami sbb abah dah terlalu lama terlantar sakit..

abah sakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung.. mulanya abah sakit bila abah terpijak paku karat.. kaki abah kena operate sbb doktor kata bengkak dan bernanah.. ingat lagi, kami adik beradik cuci kaki abah, balutkan dgn bandage, letak ubat luka.. bila kaki abah dah sembuh pun, abah dah mula sakit2.. sakit kencing manis abah dah menyerang buah pinggang.. abah kena tahan kat hospital lebih 6bulan.. kadang2 abah balik, lepas tu kena masuk wad lg.. kesian mak kena jaga abah kat hospital.. masa ni adik beradik aku jauh2.. aku pun study lg.. bila cuti semester aku la yg berulang alik naik bas pegi hospital antar makanan utk mak..

hari terakhir abah, doktor kata abah boleh balik rumah.. sebab esoknya abah nak kena pegi hospital kat jb utk tanam dialisis kat lengan tu.. yg tukar darah tu.. pukul 4ptg, abah menghembuskan nafas terakhir kat rumah..

akak aku ada sorg yg mengajar kat sabah.. abah dikebumikan lepas zuhur.. sempat gak akak aku tengok muka abah sebelum abah dimasukkan dalam liang lahad..

sebab apa aku cerita semua ni?

hari tu en.suami tetiba je ckp kat aku.. mcmana kalau abg meninggal? kalau abg tinggalkn sayang? ermmmm... eh, jgnla.. aku mohon sgt jgnla.. tapi kalau terjadi mcmana yer dgn aku? astaqfirullah.. semoga Allah beri aku kekuatan..

perpisahan dan pertemuan ketentuan Allah.. semuanya kada' dan kadar Allah.. dan kita hambaNya pasti akan mati juga..

dan aku sendiri pun tak tahu bila ajal akan menjemput..


This entry was posted on Tuesday, March 29, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

    ♥LyNnDa♥ said...

    thnkz k.as...mmg sedey klu kehilangan org yg paling kte syg..ase xde mkne hdop ni..tp pape..kna trus kn hdop...

  1. ... on March 29, 2011 at 7:06 PM