Kali ni nak citer pasal artikel yang aku jumpa masa surf internet tadi.. sangat menarik utk aku kongsikan dgn kawan2 aku sekalian.. dalam font italic tu adalah komen aku yer, bukan komen penulis original artikel ni..

Jadi mari kita belajar apa yang lelaki suka dan tidak suka pada sorang pompuan.. betul atau tak aku pun tak tahu sbb aku adalah seorang perempuan..


Lelaki suka:

1. Wanita yang bersikap kelakar (
aku sgt kelakar.. tapi selalunya aku sgt serius.. bila aku serius aku seriusla..)

2. Berbudi pekerti (Ciri2 aku tu.. hahaha)

3. Murah hati (eh.. mcm aku gak la.. )

4. Senyuman manja (iskkhh senyuman aku pun manja gak.. auuwww..)

5. Tahu memasak (aku menggunakan taktik karipap sardin masa ngurat en.kanda dulu..)

6. Pandai dalam menggayakan pakaian (ermmm.. aku takla pandai bergaya pun.. skip yg ni..)

7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya (dia suka pompuan muslimah2 jer.. tapi aku muslimah ker? ala, kira bolehla tu..)

8. Tidak mudah naik angin (eh, aku sgt mudah naik angin.. eh eh, skip la yg ni..)

9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak (patutla en.kanda suka aku, aku ada bg dia pnjam myvi aku masa blm couple tu, rupa2ny ni tmasuk taktik gak..)

10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian (aku seksi? mau kena ketuk kepala dgn batu bata.. haha)

11. “Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.” (eh salah ayat ni.. awak belanja makan, lepas ni belanja lagi yer.. yg ni baru betul..)

12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya (ala, segan la nk tepon mak en.kanda.. takutla.. huhu, cmner la aku nak amik hati mak mentua ni, risau risau..)

13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi (cita2 aku rendah jer, nk jd surirumah tangga jer tp bleh dpt elaun tahap keje CEO, bleh ker?)

14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi (tinggi gila, lebih2 kalau merempit kat highway.. haha..)

15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri (mestilah kena jaga, kita bawa maruah family gak.. jgn bg free2 je kat org lelaki ni.. xbleh xbleh..)

16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan (ni aku susah skit, aku cpt down la.. tp xpe en.kanda slalu bagi kata perangsang bl aku de prblem.. )

17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang (insyaallah.. masa susah dan senang kita sama2 yer abg.. tp kalau masa senang nanti nak gelang emas 8inci yer.. huhuhu)

18. Yang tidak suka berleter (sgt susah utk tidak berleter yer.. berleter ialah senaman mulut yang best bagi pompuan..)

19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki (abg suka mkn apa yer? jom pegi kedai makan, tapi abg belanja la yer.. )

20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh (kalau blh bagi bekal botol air pun aku sanggup buat, tapi dgn syarat abg xbleh lepak kedai kopi la.. bleh ker abg? hehe)

21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki (amik berat? aku pun dh berat cmner nak amik berat dia.. hehe.. off course ler.. dah syg sure2 aku akan tnya psl hal dia..)



Lelaki tidak suka:

1. Wanita yang suka mengumpat (opss, saya tak mengumpat, saya cuma menyatakan kebenaran sahaja)

2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal (iskkh iskhh xbleh xbleh.. )

3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki (ni sikap cmner? aku tak berapa faham la)

4. Merokok (aku tak merokok ek, aku paling tak suka asap rokok..)

5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki (ni mmg tak patut.. aku xmcm ni tau..)

6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian (eh eh.. ala abg tunjuk cincin tunang je xkan xbleh.. huhuhu)

7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul (nobody perfect ok... huhuhu..)

8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak.. (ni xbleh la, kan kena saling tolak ansur.. eiii xbleh ni..)

9. Wanita yang bersikap hipokrit (hipokrit tu berpura2 ek.. slalu lelaki yg suka hipokrit.. oppsss sentimen kejantinaan la pulak..)

10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki (xbleh ker syg nak tau, abg kata abg syg syg.. huhuhu lagi..)

11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki (eh, buat keputusan kena la fikir dulu.. kena tanya mak, kena tanya akak, kena tanya nenek, kena tanya jiran sebelah umah abg, kena tanya posmen makcik, kena tanya mak angkat sepupu nenek jiran posmen lagi..)

12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang (aku tak suka kucing.. bukan tahap menganiaya binatang tp kalau kucing dan aku dalam satu bilik aku yang akan naik atas meja yer.. huhuhu)

13. Pakaian wanita berselerak di biliknya (eh eh, cmner blh tau psl pakaian wanita segala ni.. skip skip..)

14. Tidak bertanggungjawab langsung (kdg2 aku mengaku aku kurang tanggungjawab..)

15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya (aku tidak sosial yer.. bkwn bleh tp kena tau adab la.. ni aku setuju..)

16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh (hal remeh blh bawa besar yer.. lelaki mana tau kan kan.. xstuju xstuju.. )

17. Boros berbelanja (bukan boros, belanja itu terapi minda sebenarnya..)

18. Tidak tahu/malas memasak (aku tidak termasuk kategori tidak tahu tapi aku termasuk dlm kategori malas.. hahaha)

19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati (manja ek? aku sgt manja.. auwww manja skit bleh.. hehehe)

20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya. (bleh gak dipraktikkan ni.. yelah mana tau kalau air xde ke, ada pacat ke.. apa2 ker.. betul betul, aku stuju, kalau nak pegi toilet kena minta izin dulu.. hahaha..)



Ok.. abis dah.. sambung nanti daa.. next please!




This entry was posted on Wednesday, June 30, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 comments:

    amalina said...

    haha..perasan gak awak ni ye cik dinda.. ;)

  1. ... on July 1, 2010 at 3:22 PM  
  2. amalina said...

    overall ada benda yang i setuju dan tak setuju..hehe..bagus..marilah rerami copy paste entry nie.. hehe

  3. ... on July 1, 2010 at 3:22 PM  
  4. cinta said...

    heeepp heeppp... sila perhatikan entry yg lelaki suka no 20 tu yer.. air teh cik amalina buat sgt sedappp!! hikhikhik..

  5. ... on July 1, 2010 at 3:25 PM  
  6. cinta said...

    eh eh... xbleh copy dgn komen color merah tu sekali yer.. hahaha, xrela i di publisitikan..

  7. ... on July 1, 2010 at 3:27 PM  
  8. amalina said...

    tgulah ye dtg nye kerajinan nak buat..haha cik cinta ni kan dah nak kahwin..mestilah kena rajin ckit..ape kata cik cinta yg buat..baru tgk list ape yg lelaki ta suka..haa kan da kantaoi..kehkehkeh

  9. ... on July 1, 2010 at 4:16 PM  
  10. amalina said...

    sape nak publisiti kan u tu cik cinta..baik i promote dr i je okeng..haha

  11. ... on July 1, 2010 at 4:17 PM  
  12. cinta said...

    sila rujuk pada no 18 pd bhgn lelaki tidak suka tu yer.. harap maklum...

  13. ... on July 1, 2010 at 4:18 PM