Mari kita cerita pasal baju pengantin..
Sebagai BTB yang excited, aku suka surfing Internet tengok baju2 pengantin n fesyen2 yang cantik2 bagi merealisasikan majlis aku nanti.. seperti yg aku jelaskan kat entry sebelum ni, aku de tempah andaman utk majlis mkn beradap nanti.. dan hasil dari perbincangan dgn akak tu, dia kata ok, blh buat makeup mata mcm aku nak tu.. so aku proceed je la ikut plan asal. (cerewet kah aku? cheewaahh.. jd pengantin kena cerewet tau.. betul betul!..)
Jadi..
Sekarang ni aku dah terlebih perbelanjaan la pula.. sebab aku nak tempah baju kebaya Indonesia tu gak.. cmner ni? aduyaiii...
Jadi...
Aku rasa aku blh jadikan kebaya iteww baju bertandang masa pegi umah en.kanda.. sebab aku mmg tak fikir utk baju bertandang lagi.. agak relevan juga kan..
Sebab...
Aku teringin gak nak pakai baju yang aku nak sewa baru kat akak andaman tu.. baju jubah leher cekak musang n butang dr paras leher ke pinggang.. (spesifikasi ini sgt jelas yer, akak jgn outer2 tau, saya sgt suka design begini..)
Sebabnya lagi..
Kalau tempah sendiri fesyen jubah pengantin ni, sure2 la mahal giler sbb aku ada terbaca BTB yang wat fesyen mcm ni utk upah jer paling murah rm800++.. eiiii xmampu aku nak keluarkan kos sebegitu mahal utk tempah baju sahaja.. itu x termasuk kos kain.. kalau jubah perlukan lace yg banyak la.. dan kain utk lining lagi.. so utk pakai baju jubah butang2 byk ni aku rasa aku perlu teruskan plan asal aku.. (kalau akak tu ikut gambar yang aku nak, aku nak blkg dia panjang2.. veil dia labuh..)
Untuk membuat korang setuju dgn plan aku yang agak melebihi budget ni, aku attach sekali gambar baju yang membuat aku rasa best kalau dpt pakai.. (even aku terlebih comey pun, aku tetap nak pakai.. aargghh xkira, nak gak.. hehee).. sewa baju baru tambah seratus jer dr harga pakej tu.. relevan kan?
ni gambar yg aku dpt dr tempat andaman lain.. aku sgt suka fesyen ini.. sgt suka butang2 itu.. aku request color gold+cream.. tpulang la kat akak tu nak beli kain cmner.. plg penting detail dia leher cekak musang n butang2 itu..
pastu akak ni blh wat corak2 inai tu.. inai ni pun aku dh masukkan dlm pakej yg aku nak tu.. (harap maklum pakej yang akak ni bagi mmg murah n sgt2 relevan utk budget aku.. sume ni aku dpt bwh dr seribu, dgn 2xmakeup yer, inai penuh kaki tgn, baju sepasang L&P, pelamin mini n aksesori la..)
dapat buat full inai utk tangan dan kaki.. dan aku sangat2 mahukan inai sebegini yer.. ni termasuk dlm planning aku yang aku buat sebelum aku masuk sekolah lagi yer.. (muda2 dah berangan nak kawin..kantoiii...haha)..
aku suka, aku mahu, aku sangat suka dan mahu inai yang corak2 mcm ni.. pose utk baca doa mcm ni sangat cantik dalam gambar pengantin kan..
Untuk baju kebaya Indonesia aku, rasanya if dah siap la lebih kurang mcm gmbar ni kot.. ni gambar yang aku snap masa jalan kat nilai3 hari tu.. rm280 sepasang n org kedai tu kata blh bagi free 4.5m kain satin lelaki.. aku tanyakan utk kwn seopis yg tema pengantin dia color kelabu.. aku mana bleh pakai kebaya ready made.. aku kan cute terlebih..
lebih kurang la mcnni tapi lace aku len skit dr ni n kerawang dia pun lain.. kain tu aku nak tempah ala2 duyung cmni gak.. jahit manik tu aku nak simple je la.. tu mcm byk sgt la manik.. lagipun aku nak full lining.. pengantin muslimah la katakan..
Untuk baju nikah, xmau bagi contoh la.. tu special skit.. tp cam aku bgtau tu, aku wat kain chiffon tampal lace.. kurung moden jer..
Tu je la... next entry la yer... waaahwaaaahuaaa (ngantuk la dah..)
0 comments: