Aku ada macam2 idea utk realisasikan utk majlis pengantin aku ni.. haha.. seperti biasa start dgn angan2 kosong dulu.. lepas tu planning, lepas tu baru la buat.. ada yang separuh berhasil, berjaya dibuat dan ada yg tinggal angan2 jer.. hikhik.. (ni kes dah malas nak fikir..)

so aku review satu2 k..

1) Bunga Pahar DIY - bunga dip hasil tangan aku sendiri..

aku dah wat review khas utk bunga telur yg aku wat sendiri ni.. schedule entry utk tghari esok.. cantik kan?? sila kata cantik yer.. ini paksaan!! hahah

2) Bunga pegang dip (tempah dari thebunga.blogspot.com)

mmg ada yang aku tak puas hati psl bunga pegang ni sbb aku nak color hijau pucuk pisang.. tp aku dpt color cream.. tangkai bunga dawai biasa jer?? apa kes ni? ikut yg aku minta mcm dl gmbar tu dawai dia ada tali emas.. riben jenis mcm tu sedangkan dlm gmbar riben satin..

aku tak puas hati.. tapi aku xmo la benda remeh ni jejaskan mood aku masa hari bahagia aku hari tu.. aku dpt bunga ni lewat.. lg 4hari nak majlis bunga baru dapat.. sgt tension kena call n follow up.. dan hasilnya tak seperti yg aku jangka.. dapat diskaun rm50 sbb kesilapan pihak sana.. ermmm.. bunga dulang pun bagi aku terlalu simple.. nampak sgt siapkan order aku last minute sedangkan aku dah tempah awal2 lg.. aduhhh..

tapi hasil dia bolehla.. family aku puji kata cantik.. aku pun xmo la pening2 kepala fikir benda remeh2 ni.. harga berpatutan.. mmg jauh lebih murah dari another vendor..

seperti aku kata, spesifikasi aku sgt jelas.. tapi kalo ada yang tak faham apa aku nak, mmg buat aku rasa geram!

3) Bunga Dulang Dip (handmade by thebunga.blogspot.com)

kira ok la.. dlm gambar nampak cantik kan?

4) Tirai bilik pengantin

aku kan dah buat angan2 nak pasang tirai dari hujung siling tu smpai hujung bilik.. ok.. dah berjaya yer.. apy apy dpy gak aku pasang tirai bilik!

5) Bunga tangan stokin (handmade by thebunga.blogspot.com)

yg bunga tangan ni aku sgt2 suka.. sgt cantik dan sangat lawa dlm gambar.. ada sapa nak sewa? hehe..

6) Inai tangan corak2..

yg ni aku rasa mcm membazir gak.. hehe. tapi xpela, sekali jer nak merasa pakai inai corak2 ni.. aku amik pakej bridal kat andaman ni.. tp rasa mcm corak tu terlampau besar la.. sekali dgn inai hujung jari, tapi inai tu langsung tak pekat.. tengok jari aku tu.. tak pekat langsung yer!

so malam tu aku pakai inai daun.. tu yg jari berbungkus dgn plastik tu.. inai daun lebih original lagi merah dan best.. petua nak merah kan inai, letak la asam limau.. blh limau nipis atau limau purut.. perah kat daun inai tu sebelum tumbuk.. kalo ikut resepi aku, aku blender jer.. hikhik.. sgt malas k.. tp blend la sikit.. mmg halus giler inai tu aku blend.. senang n cepat! pakai blend kering tu tau.. jgn letak air! perah air asam limau tu je dh cukup.

7) Bantal nikah
bantal nikah ni aku jahit sepasang.. utk en.kanda n aku.. aku suka bantal nikah aku.. hehe.. sentimental value k..


8) Bantal Alas Hantaran

bantal alas hantaran ni aku jahit sendiri.. guna kekabu.. aku suka sgt hasil dia.. cantik kan? bagi aku cantikla.. aku jahit dgn penuh rasa kasih syg tau.. ni mmg aku dah angan2 nak buat.. bila dah jadi rasa sgt2 best tau..

9) Kelambu pengantin..
suka sgt dgn kelambu pengantin ni.. cantik tau.. romantik sgt.. ahahha..

10) Bunga2 cinta
aku wat hiasan kat tepi2 kelambu tu.. so sweet dlm gambar..

11) Pomander ball yang tak jadi pomander sgt.. haha
ni kes aku tak jumpa kabus bulat2 tu so aku beli kabus yg bentuk silinder.. aku potong la beliau.. so jadi la pomander ball berbentuk separuh jer.. aku just letak kat meja solek.. hahah.. kes malas nak buat bunga ros hijau tu lagi..

12) Bunga kristal yg tak jadi!
kan aku ada pintal2 dawai nak jadikan bunga kristal tu.. tapi sbb aku fikir aku agak malas.. so aku just buat dawai2 kristal tu jd hiasan bunga kat meja solek.. hikhik.. sila jangan malas seperti saya yer..


rasanya tu je review aku utk majlis perkahwinan aku ni.. kalo ada apa2 nnti aku update k.. insyaallah esok dah nak g honeymoon.. ye ye.. bestnya dpt g jalan2 dgn org tersayang..

mood pas kawin adalah sgt happy.. happy sbb bangun2 tido dah ada en.suami kat sebelah.. ermmm.. happy sebab hubungan cinta selama ni dah direstui oleh kedua2 belah keluarga.. doakan semoga semua dpermudahkan.. semoga rumah tangga kami aman bahagia dan cepat2 dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah..

eh, apsal aku blh update belog tgh malam ni.. haha.. en.suami g outstation la.. esok tghari kitaorg nak g honeymoon.. ye ye.. daaa!



This entry was posted on Saturday, December 25, 2010 and is filed under , , , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

    cik gadis yan said...

    boleh tak ajar cmne nk cantumkan kelopak2 bunga tu..mksd kte,nk ikat mcm mne?tak reti ikat la..

  1. ... on March 26, 2011 at 11:39 AM  
  2. cinta said...

    cane ek nak ajar.. ermm, kan ada pelilit ijau tu kan..
    memula amik satu kelopak n lidi panjang utk bunga telur tu.. eh, ni utk cantum kelopak bunga telur kan?.. lilitkan la, kena tarik sikit la pelilit tu, biar gam nyer kuat skit.. kira kelopak tu terlekat kuat kat lidi tadi..

    then putuskan la pelilit tu.. pastu amik lg satu kelopak.. lilit la lagi.. tiap2 kelopak tu agak2 lilit dia smpai kita goyang tu tak tanggal la..

    pastu nak lilit yang lain2 pun sama gak.. =p

  3. ... on March 29, 2011 at 5:08 PM