Yuppp, aku akan DIY kan sendiri hiasan bilik tido pengantin nanti.. sgt best kan.. ni bukan blh wat cita2 je lagi, sbb lg 63hari nak majlis kan, so kena jd kenyataan la ni.. haha.. (xleh wat ayat cita2 nak wat deco bilik sendiri, sbb majlis dh nak dekat..)

Apa yang aku cadang dan angankan ialah 'menyelimutkan' setiap dinding bilik dengan kain net berwarna cream cerah (mcm kain langsir tu la).. aku cadang nak buat dari atas siling hingga bawah dinding.. ermmm... perlu berapa meter pula ek utk merealisasikan angan2 aku tu.. huhuhu..

ada survey kat jakel hari tu.. so target aku ialah mencari kain yang murah dan dapat aku beli dgn kuantiti yang banyak.. agak2 dpt semeter dua hinggit suda.. budget budget.. so aku kena ukur tinggi bilik aku la kan.. n plus lebar dinding yang dperlukan..

basicnya aku cuma nak jahit lurus jer.. mcm jahit kain langsir tu.. guna tali sama mcm kita psg langsir la.. asalkn bilik pengantin aku xde nmpak dinding.. hikhikhik..

kalo budget aku lebih, maybe aku nak beli renda2 mcm langsir tu jugak.. utk lace bhgn atas sekali.. ni kalo aku terasa aku 'kaya'..

proses paling rumit rasanya nak keluarkan semua brg2 dr dalam bilik yang aku dah booking jd bilik pengantin aku nanti.. huhuhu.. sgt susah utk menjadi 'incredible hulk' yang mampu nak angkat almari dan katil berat sorang2 ni..

aku nak listkan benda best yang aku rasa aku nak ada dlm bilik aku nanti... list jer, jgn korang g cari2 satu2 lak bila dtg kenduri aku nnti...

1) Kelambu pengantin... suda seharusnya ada kelambu bagi rumah di kampung2.. (jgn biarkan nyamuk menganggu mlm pertama anda.. hikhikhik).. aku dah beli kelambu best kat nilai3 dgn harga yg best juga.. kelambu yg psg kat siling tu, ni dh senangkn deco bilik..

2) Semestinya cadar pengantin yg terserlah 'kepengantinannya'... memula aku cadang guna cadar cotton yg jual kat shppng complex tu jer, simple tp lawa gak.. tp disebabkan desas desus yg tidak dpt dielakkan, aku pun kenala beli cadar pengantin yg khusus utk pengantin... (maknanya kalo korang bkn seorg pengantin, korg takkan beli cadar ratus2 ni utk saja2 pakai kat katil korg..huhu, mahal mahal)..

3) Set bilik tidur.. lengkap almari, set meja solek, meja tepi, katil dan tilam yg best.. psl set ni, insyaallah minggu ni set bilik tidur yang aku tempah tu dah siap dan dihantar kat umah.. jd kena make sure sume brg dlm bilik tu clear.. harga set tido ni agak berpatutan la, 1/3 dari harga yang mak aku budgetkn utk aku beli masa mula2 budget harga hari tu.. hikhik.. (akak aku agak confius dgn harga yg aku ckp sbb dia kata taste aku 'tinggi'.. )

4) Kain yang menyelimuti dinding.. ni aku kena ukur dulu tinggi dan lebar bilik pengantin tu.. pastu darab dgn budget yg diperuntukkan.. kalo ok, proceed dgn planning..

5) Bebola cinta.. haha.. pomander ball la.. cadang nak buat yg kecik2 tu, gantung2 kat dinding tu utk hiasan.. ermmm, tapi xde wat satu pun.. cane ek cane ek??

6) Kelopak bunga ros di atas katil pengantin.. sgt cantik kan.. mcm romantik2 gitu..

7) Pasu bunga jernih + bunga ros ... atau pun pasu bunga jernih + bunga plastik.. (ni harus ada alternatif sbb kemungkinan utk aku keluar rumah bila nak majlis ni adalah zero.. konsep 'darah manis' menyebabkan aku dikurung di rumah je.. so kalo xde org yg tlg belikn fresh flower la)

8) Bunga kristal.. ni aku dh siapkan.. so maybe will getting use of it..

9) Lilin yg romantik.. ermmm, idea plg best kan.. bila sesi amik gambar tu, sgt cantik dlm gmbar kalo ada lilin2 gini.. ala, cari kat dua ringgit suda.. budget! budget!

10) Lampu tido yang romantik.. ni kena cari budget gak sebab mana best kalo xde lampu tido romantik2 ni..

11) Bunga2 penyeri bilik tido.. plastik je suda.. maybe just simple2 bunga je.. aku nak wat konsep clean n clear.. haha.. so bilik aku nanti nak paling minima penggunaan bunga.. pelik ker?

tu je la idea yang ada setakat ni.. kumpul tenaga kumpul tenaga... mau angkat brg pula.. yaarrghhh...


next entry yg entah bila aku nak update daaa... hehe




This entry was posted on Sunday, October 10, 2010 and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

    Unknown said...

    memg best kan kalo DIY kan. hehe

    jom exchange link :)

    http://norapurplebridez.blogspot.com/

  1. ... on October 12, 2010 at 7:36 PM