Hehe.. ntahla.. sume cute2 jer botol2 susu ni.. sume teruja nak beli.. skrg ni tgh survey botol susu brand mimijumi.. comey sgt.. hari tu tak terperasan la botol ni.. satu botol jer harga smpai rm87.. mahal kan.. tp tahan smpai 3thn.. lama tu.. design dia direka utk serupa dgn breast ibu.. puting made by silicone..

ada 2,3 kedai kat fb yg jual brand ni.. harga standard la.. utk ganti puting mimijumi ni, harga quite expensive la.. rm40++ for 1pcs..


Ni kelebihan botol mimijumi ni yg aku copy paste jer:

1- Puting Mimijumi

Dengan menggunakan teknologi terkini puting ini lembut seakan-akan puting ibu. Puting dibuat dari silikon yang selamat untuk bayi - mengikut piawaan yang telah ditetapkan dan tidak mengandungi latex. Bentuk dan warnanya juga dicipta khas untuk menyerupai payudara ibu. Jadi si manja anda tidak akan keliru puting!


2- Material

Botolnya diperibuat daripada plastik EMS Grilamid XE-3997 dari Switzerland dan memang terbukti selamat dan mendapat kelulusan antrabangsa. Lebih baik daripada plastik jenis PC, PP dan PES.
Biarpun botol ini diperbuat daripada plastik namun ianya jernih dan tebal seolah2 kaca. Namun ianya ringan dan mudah dipegang oleh bayi anda.


3- "Wide neck style"

Memudahkan proses pembesihan di bahagian dalam botol

*Sekiranya anda ingin mensteril botol ini, sila buka plastik di bawah botol ini ya.


4- Free from BPA, Lead, Phthalates, Latex.


5- Jimat duit anda!

Walaupun harganya agak mahal namun botol ini boleh digunakan sehingga 3 tahun dan boleh disteril sehingga 10ribu kali! Manakala putingnya tahan sehingga 6-8 bulan. Bermaksud? Anda cuma perlu beli sekali sahaja dan anda boleh menggunakan botol yang sama untuk anak2 yang seterusnya. Jimat kan? (*Puting perlu tukar setahun 2 kali di bawah penggunaan normal)

............

Agak mengujakan nafsu utk membeli sbotol mimijumi.. padahal aku dh beli 2botol tommee tippee n 1botol nuby silicone.. nnti nk beli nuby breast pump dpt lg 1 botol nuby (tmasuk dlm pakej pump tu).. ermmm.. ada kedai tu offer payment 2x utk botol mimijumi ni.. botol mimijumi ni penah masuk magazine pa&ma keluaran november (kalo tak salah aku la).. sbb tu botol ni antara brand plg hangat skrg ni..


ermmmm.. xpe.. ada masa lg utk kumpul duit.. tengokla dulu cmner.. insyaallah ada rezeki pas beli nuby pump, blh rembat sebotol mimijumi pula.. =)




This entry was posted on Saturday, January 14, 2012 and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: