Alhamdulillah, satu barang dlm paper bag door gift dah settle.. Cd surah-surah pilihan dari Al-Quran.. Simple decoration je utk cd ni, aku just tampal sticker n letak kat cd sleeve yg ada plastik transparent tu.. tak payah susah2kn diri.. hikhik..

Jadi bagi kwn2 aku yang ada cd player tu bolehla buka cd surah2 pilihan ni kat kereta ke, kat cd player ke.. aku burn ikut format audio.. xde problem la nak dengar kalo player korang blh play format audio..

Insyaallah aku tgh intai-intai door gift apa lagi yg sesuai.. aku tak prepare byk utk door gift 'special' ni.. just utk kwn2 terdekat je.. utk door gift tetamu, tu simple things mcm sponge cake, candies, kerepek n etc..

kad kawin, alhamdulillah dah siap.. ada slightly mistake kat bhgn peta n design tu.. lari dr design yg aku dah draf kat AI.. ermm.. ralat sikit tapi xpelah.. sume org nak kan kesempurnaan tp tak mungkin kita dpt 100percent perfect.. tapi mcm aku kata kat en.kanda, yang penting kasih sayang aku pada dia mengatasi kesilapan pd kad kawin tu.. hahah.. (aku rasa bersalah bila aku argue psl kad tu.. ermm aku bagitau kat dia dan en.kanda nak print balik kad2 tu,n do exactly mcm aku draf sbb xnak aku sedih or ralat.. ermm, sorry la abg.. syg xmahu cerewet lagi k.. )

kad tu sangat cantik dan tak perlu print lagi k.. ok, syg janji tak mo cerewet pasal hal kecik2 k.. kita kan kena guna byk duit utk start hidup kita so xblh membazir hal2 yg kecik.. =)



Ok.. till then aku nak g tulis2 nama kat kad jemputan ni.. sape nak kad jemputan dari aku, sila tinggalkn nama n alamat kat email aku.. peels2less@gmail.com




Lagi 44 hari lagi aku bakal jadi raja sehari.. jadi isteri bagi kekasih yang bergelar suami.. ermmm.. apa perasaan aku?

entah yer.. biasa2 je kot.. rasa confius pun ada, rasa tak secure pun ada.. rasa mcm2 la.. betul ke keputusan aku ni? boleh ke en.kanda bahagiakan aku.. boleh ker aku masuk dalam kehidupan dia.. errmmm, boleh ker dia terima aku seadanya diri aku.. mcm2 aku fikir..

bila fikirkan sume tu, aku rasa nak menangis.. aku takut aku tak mampu ubah diri aku.. hipokrit ke kalo aku fikir aku mampu jd muslimah yang solehah utk bahagiakan suami aku? aduuhhh.. kalau perkahwinan dapat ubah diri kita jadi hamba Allah yang taat, bukan ke aku patut bersyukur sebab Allah berikan aku suami yang mampu bimbing aku, mampu jadi imam dalam hidup aku..

setiap kali kuar sama2, dia akan bawa aku solat jemaah kat masjid.. setiap awal waktu sembahyang dia akan cuba solat jemaah kat masjid.. setiap malam dia akan bagi aku tazkirah, bercerita tentang kebesaran Allah.. bagi aku nasihat utk jadi wanita solehah.. tak lupa, memanjakan aku dgn layan perangai manja aku.. aku yang kdg2 rasa aku tak cukup baik utk dia.. hahaha..

masa mula bercinta, family aku heran, dia kata kenapa en.kanda suka aku? entah yer, smpai skrg aku tak tau.. tapi dia pilih aku jd kekasih dia, jd bakal isteri dia, jadi mestila dia suka dan sygkan aku kan?

en.kanda cakap bila nak kawin ni, syaitan tu akan hasut manusia ni dgn mcm2 fikiran sbb kawin ni kan sunah Nabi, menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan.. sebab tu syaitan tak suka.. jadi aku kena banyakkan berzikir, aku kena selalu baca al-quran supaya semua fikiran negatif ni dijauhkan.. =)

ermmmm... aduuhh, nak kawin pun susah hati.. pelik betul la aku ni..

baju nikah oooo baju nikah...

ni mak aku tak bagi pula pegi n9 amik baju nikah.. alasannya aku dh nak kawin, konsep darah manis la tu.. tak boleh pegi jalan jauh2, takut apa2 jadi.. aduuuhhh.. abis tu mak cmner nak amik baju nikah ni mak...

logiknya aku xleh mnta kwn aku amikkn baju aku sbb aku kena fitting baju tu dulu.. aku kena puas hati2 betul, baru aku nak bayar balance dia.. mahal ooo aku tempah baju nikah aku tu.. chiffon silk tampal lace.. WAJIB pegi sendiri utk fitting baju.. kalo tetiba senget ke, apa2 ke, aku leh suruh tailor betulkn kat situ jer..

baju nikah kena LONGGAR.. haha.. abis tu kalo pengantin tu comel cam aku cane lak? eh eh, tu baju tu yg kurang kain bukan aku yg terlebih saiz yer.. hikhik..

cdg nak g nilai3.. pastu nak g mines.. pastu nak g midvalley.. byk ni nak g cari.. nak g cari brg hantaran lagi.. en.kanda kata dia bg aku duit, tpulang aku nak beli hantaran apa utk aku sendiri.. nak beli apa yer.. beg, makeup, set toiletries victoria secret yg best tu (ni aku dh jumpa satu kedai kat fb tu yg jual set VS ni, hardly fall in love dgn VS lepas guna set pure seduction, wangi sgt2 tau.. kat malaysia blm ada kedai VS, so kena beli online la..)

oppsss, eh, korang de terfikir tak nak beli lingerie seksi utk pakai first nite nanti.. ahaksss... sssyyyhhhh!!!


daaa.. next entry k..





Berjaya jugak aku melembutkan jari jemari aku dengan buat projek DIY terbaru aku yang mungkin boleh membuahkan hasil.. huhuhu..

Yup.. pomander ball in progress..

Dah lama sebenarnya nak buat pomander ball ni.. rujuk entry yg ni .. so akhirnya bila lagi 47 hari nak majlis baru hati aku terbuka nak buat pomander ball ni sebab fikir bilik pengantin nanti terasa kosong sangat.. mula2 tu ingat nak pasang tirai tutup semua dinding tapi bila fikir kos yang agak mahal, tambah tolak dengan sokseksoksek yg berbunyi, aku decide tutup separuh dinding je.. ermmm, dinding kayu je la.. (umah aku kat kg ni dinding dia kayu.. antik2 gitu..) so aku nak teruskan dgn angan2 aku utk buat pomander ball ni..

Gambar atas tu ialah bilik yang aku dah booking jadi bilik pengantin aku.. ni gambar masa proses mengeluarkan sume perabot dr dlm bilik utk letak set tido pengantin aku.. rumah aku ni separuh kayu, separuh batu.. tengok tingkap umah aku tu, dah mcm penjara je dah.. hikhik.. dulu xde jeriji besi tu tapi sebab safety, mak dah psg sume tingkap dgn grill.. syg nak ganti tingkap kaca sbb tingkap kayu ni unik kan..

Kat dinding yang color coklat tu, aku cdg nak letak wall sticker yang cantik.. dah survey2, n aku dah jumpa satu website yg jual wall sticker yg sgt cute dan harga yg sgt murah..

Sekarang mari kita belajar camne nak buat pomander ball cara aku.. hehehe..

1- Memula kita cari kertas keras yer.. potong bentuk love.. mcm no 1 itu..

2- Tu dah jadi love yg comel.. kalo nak bunga besar ke kecik ker, korang adjust la bentuk love tu.

3- Ni aku guna kertas crepe apa ntah. asalnya ketas ni nak guna utk sampul telur kat bunga telur aku tp aku tukar sampul tu color gold so rasa membazir kalo ketas ni terbuang mcm tu je, so better guna la kan.. (sebab tu bunga ros aku color hijau.. hikhikhik)

4- Sebab ketas ni memanjang so aku lipat2 beliau, agak2 dpt dlm 8 kelopak, then potong ketas itu..

5- Amik pola love yg korang buat guna ketas keras td.. potong la ketas yg dh lipat2 td.

6- Ni la hasilnya..

7- Ok.. dah byk kan.. rajin betul aku..

8- Aku lupa nak amik gambar cara pintal hujung tu. korang amik je la lidi ker, dawai yg tebal ke.. korang pintal penjuru love tu.. jadi mcm dlm gambar tu.

9- Cantumkan kelopak2 tu jadi bentuk bunga.. yg penjuru lipat tu menghala ke luar tau.. sila tengok gambar tu yer..

10-Ok.. tadaaa, bunga ros hijau aku dah siap.. Sila jangan kira kelopak bunga ros hijau aku sebab ada bunga yang aku letak 6 je, ada yg 8 kelopak.. huhu..

Ok.. tu je utk kali ni.. daa..

Oppss, lupa bagitau, contoh pomander ball xde la sebab aku belum beli kabus bulat2 tu.. nanti bila dah beli n dah siap, aku letak preview pomander ball bunga ros hijau aku..

daaa...






Alhamdulillah, prosedur kebenaran nikah dah dapat kelulusan.. pagi tadi aku dan en.kanda pegi interview nikah kat pejabat kadi.. taklah pagi sangat, lebih kurang dalam pukul 10 pagi tu la.. nasib baik xramai org so kami tak la tunggu lama sangat..

Mula2, kena serahkan sume dokumen yang berkaitan contohnya keputusan ujian HIV, salinan ic wali, sijil nikah mak n abah (sbb wali aku abg sulung), sijil kematian abah, salinan ic saksi borang, salinan kursus kawin dan salinan pengesahan status bujang.. (ni blh minta kat ketua kampung atau pun majikan tpt kita keje.. aku minta kat ketua kampung je, dia mmg dah ada satu surat khas, so kita tak yah buat sendiri la..)

Pegawai kat kaunter tu akan tengok satu2 sijil kita tu dan sahkan.. untuk wali (kalo anak sulung), dia akan kira la, dari tarikh abg long aku lahir, dibandingkan dgn tarikh nikah mak n abah.. pastu bila sume dah complete baru dia suruh tunggu utk dipanggil interview.. dapat borang la, ada 8 soalan.. soalan simple2 je.. so aku dgn en.kanda pun wat la ulangkaji sikit2.. hehe, mana tau karang terbelit lidah kalo kena soklan baca ayat al-quran.. hikhik..

Alhamdulillah, penemuduga tu baik sangat.. aku kena tanya 2 soklan je, en.kanda pun dua soklan.. mula2 dia minta en.kanda mengucap dua kalimah syahadah, pastu aku kena bagi makna dia.. pastu en.kanda kena tanya rukun nikah then aku kena tanya niat mandi wajib.. pastu aku pun dah sedia ni nak jawab soklan lagi tp tengok dia dah siap tanda kat borang tu, LULUS..

Ye ye ye... aku dah diluluskan untuk berkahwin!!

So lepas tu kena amik borang tu semula, letak balik kat kaunter utk amik borang nikah (ni kena bagi kat tok kadi yg bakal nikahkan kami nanti).. pastu kena bayar rm17 utk sume borang2 tadi..

Jadi sekarang yang tinggal kena cari tok kadi utk nikahkan kami.. tu aku dah serahkan bulat-bulat kat en.kanda.. hehe.. aku suruh dia cari umah tok kadi tu, n pas borang2 tadi.. sebab abg long aku dah balik shah alam so xde sape yg blh tlg aku kat sini.. jadi en.kanda kena settlekn part aku tu la.. (aku suruh dia pegi dgn abg ipar aku yg merangkap kwn baik dia)..

lepas tu ingatkan blh la ajak en.kanda g shopping2 ke, g survey2 brg hantaran ke.. tapi tapi.. apa yg bestnya..

"syg... jom kita g klinik gigi.."
"haaa.. ala mana ada org dating g klinik gigi.. alaaa xmo la"
"eh eh.. tadi kan dah baca, tanggungjawab isteri kena TAAT PERINTAH SUAMI.. jom teman abg"

huhuhu... so aku pun g la dating kat klinik gigi.. aku g tampal gigi n en.kanda g cuci gigi.. sangat kelakar bila fikir.. yelah, ada ke org saja2 g dating kat klinik gigi.. pastu en.kanda duk kerusi bhgn blkg sekali, bila aku tanya nape duk blkg2..

"eh, kan kita tgh dating ni, mestilah duk kerusi belakang2.."

ceeehhh, best betul la dating tu, dating sambil tunggu nombor giliran nak masuk bilik doktor gigi.. berjaya juga aku tampal gigi atas aku ni, hahaha (aku takut g klinik gigi, pejam mata je masa doc mengerudi gigi aku td..)

kena bayar rm3 je.. save jugak kan.. ingat masa awal thn lepas, aku kena sampai rm70 utk satu tampalan gigi kat klinik gigi swasta..

so aktiviti dating seterusnya adalah pegi mkn nasi beriani gam yg best.. pastu barulah pegi shopping kat mall.. tengok2 dulu barang mana yang nak beli untuk hantaran nanti.. singgah kat kedai buku.. aku dh pilih2 buku yang aku nak letak dlm hantaran nanti.. antaranya satu buku ni tajuk dia "suami, pikatlah hatiku".. aku tunjuk pada en.kanda, sgt best isi dia.. insyaallah nak beli nanti..

ermmm.. kad kawin pun aku dah bagi softcopy kat en.kanda utk dia antar print nanti.. so aku nak settle part sticker dan tag thank you lagi.. tag thank you aku print out saiz namecard tu je, siap ada kalendar kat blkg tu.. ni aku cdg nak bagi sekali dlm kad jemputan nanti.. puncture n letak riben, blh buat penanda buku gak kan.. so sape yg tak dpt datang still dpt goodies dr aku.. simple je tp atleast kwn2 ingat hari bersejarah aku nanti..

ermmmm... happy la.. happy sebab lagi 52 hari aku akan jadi isteri untuk kekasih yang aku sangat cintai.. doakan kebahagiaan kami.. semoga jodoh kami berkekalan hingga hujung nyawa dan kami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. aminn..

oh, lupa lak nak citer psl bunga yg terselit dalam gambar tu.. en.kanda sgt romantik hari ni.. hehe.. dapat 3kuntum bunga ros, en.kanda kata maknanya I LOVE U.. ermm, luv u too abg.. en.kanda asik senyum2 je pandang aku, dia kata aku nampak cantik sgt hari ni.. (eleehh, dia nak bodek sbb nak aku blanje nasi beriani tu...haha)..


till then.. thanks for reading!!




Lagi 2 bulan tarikh majlis tapi kad belum siap lagi.. hehe.. prosedur keizinan nikah pun belum settle lagi sebab tunggu sign dari wali iaitu abg long aku.. huhu, xpe xpe.. kawin satu daerah so tak la rumit sgt prosedurnya.. insyaallah..

kad belum siap lagi.. hahaha.. mcm xnak kawin je aku ni.. tapi alhamdulilah design sume dah settle.. aku telah berjaya menggunakan minda separa sedar aku untuk men'design' sendiri kad kawin aku ni.. tak buat kad sekali dgn majlis en.kanda sebab nanti kenduri umah en.kanda sekali dgn adik lelaki dia yg dah pengantin bln jun lepas.. so seperate kad jemputan la..

cadang nak print utk 1000 keping.. print byk lebih jimat.. mak kata wat kad dalam 800 je.. jadi aku budget utk 1000 keping kad.. sume org kg pun aku bagi kad yg best ni.. haha.. (mak kata org kg antar kad nipis2 jer.. tp pas aku wat kira2, lebih kurang sama je kalo print kad best sikit + print kad nipis ni lagi, so better go for the best kan..)

for sure en.kanda wat business printing, design n publishing ni, so aku dpt harga yg paling best utk printing kad kawin aku ni.. harga kilang! so lebih murah murah giler dr harga kad yg tempah kat kedai tu (sbb kat kedai siap upah dia design la, upah ntah apa2 tp design bukan best mana pun, hikhik).. malangnya aku tak dpt harga FREE je.. huhuhu.. (tp insyaallah ada angin sepoi2 yang nak sponsor kad kawin aku ni..)

lepas draft utk 3, 4 kali kad kawin ni, aku berjaya finalize kad kawin aku.. yuppp, sgt best dan gembira rasanya ada nama aku kat kad tu.. so maknanya aku bakal nak kawin... hahah.. teruja utk kawin, teruja utk jd seorang isteri..

kad kawin aku gunakan tema yg aku pun tak tau tema apa.. cuma color tu aku guna based color cream n corak2 color gold.. design adalah ikut suka aku jer.. based pada satu contoh kad kawin yg en.kanda bg pd aku tempoh hari.. simple je tp more to tradisional la kot.. en.kanda kata cantik.. (mula2 aku design kad ada bunga2 mcm bunga sakura tu, tp mcm sarat sgt.. pastu aku tukar lagi, buat baru.. wat design color coklat gelap, pastu aku tukar color hijau, tapi akhirnya aku rasa sume tak relevan dgn color tema majlis aku.. hohoho)

peta jalan ke rumah pengantin perempuan..

peta adalah yg paling susah utk aku buat.. yelah, aku kena siapkan peta tu dari keluar tol sampaila kat rumah aku ni.. insyaallah boleh la korang baca peta tu.. siap dgn berapa kilometer sekali yer.. jarak tu aku kira masa balik johor hari tu, setiap selekoh utama aku dah letak jarak, sbb jarak dari tol ke rumah aku lebih kurang 40km+, jadi ada peta tu senang la sikit kwn2 yg dr jauh nak dtg kenduri nanti..

so meh aku bg intai2 kad kawin aku ni yer.. ni aku design dgn terkial2 guna AI.. yelah, aku rasa otak aku makin berkarat la wat design2 ni.. cadang nak guna spot uv nyer kad, timbul2 design tu.. tak pun guna gloss jer.. ketas 260gsm.. apa2 pun nantikan kad dari aku yang insyaallah akan diedar sebelum hujung bulan atau awal bulan depan..

p/s: teringat masa dulu2 tu, aku kata dgn kwn aku, kalo kawin aku nak letak gambar sekali kat kad jemputan tu, kalo xde gambar maknanya somi aku mgkn tak ensem tapi mungkin dia kaya kot.. hahah.. (eh, jgn wat spekulasi en.kanda tak ensem ek sbb kad kawin aku mmg takde gmbar pengantin.. en.kanda tu sweet, si mata coklat yg wat hati aku dap dup dap dup tau..)

td aku bertukar jd 'badang'.. aku angkat almari, aku angkat katil, aku pasang carpet kat bilik pengantin, set tidur pengantin nk sampai esok.. ye ye ye.. tapi huhuhu, penatnyer!..


next entry daa...





Yuppp, aku akan DIY kan sendiri hiasan bilik tido pengantin nanti.. sgt best kan.. ni bukan blh wat cita2 je lagi, sbb lg 63hari nak majlis kan, so kena jd kenyataan la ni.. haha.. (xleh wat ayat cita2 nak wat deco bilik sendiri, sbb majlis dh nak dekat..)

Apa yang aku cadang dan angankan ialah 'menyelimutkan' setiap dinding bilik dengan kain net berwarna cream cerah (mcm kain langsir tu la).. aku cadang nak buat dari atas siling hingga bawah dinding.. ermmm... perlu berapa meter pula ek utk merealisasikan angan2 aku tu.. huhuhu..

ada survey kat jakel hari tu.. so target aku ialah mencari kain yang murah dan dapat aku beli dgn kuantiti yang banyak.. agak2 dpt semeter dua hinggit suda.. budget budget.. so aku kena ukur tinggi bilik aku la kan.. n plus lebar dinding yang dperlukan..

basicnya aku cuma nak jahit lurus jer.. mcm jahit kain langsir tu.. guna tali sama mcm kita psg langsir la.. asalkn bilik pengantin aku xde nmpak dinding.. hikhikhik..

kalo budget aku lebih, maybe aku nak beli renda2 mcm langsir tu jugak.. utk lace bhgn atas sekali.. ni kalo aku terasa aku 'kaya'..

proses paling rumit rasanya nak keluarkan semua brg2 dr dalam bilik yang aku dah booking jd bilik pengantin aku nanti.. huhuhu.. sgt susah utk menjadi 'incredible hulk' yang mampu nak angkat almari dan katil berat sorang2 ni..

aku nak listkan benda best yang aku rasa aku nak ada dlm bilik aku nanti... list jer, jgn korang g cari2 satu2 lak bila dtg kenduri aku nnti...

1) Kelambu pengantin... suda seharusnya ada kelambu bagi rumah di kampung2.. (jgn biarkan nyamuk menganggu mlm pertama anda.. hikhikhik).. aku dah beli kelambu best kat nilai3 dgn harga yg best juga.. kelambu yg psg kat siling tu, ni dh senangkn deco bilik..

2) Semestinya cadar pengantin yg terserlah 'kepengantinannya'... memula aku cadang guna cadar cotton yg jual kat shppng complex tu jer, simple tp lawa gak.. tp disebabkan desas desus yg tidak dpt dielakkan, aku pun kenala beli cadar pengantin yg khusus utk pengantin... (maknanya kalo korang bkn seorg pengantin, korg takkan beli cadar ratus2 ni utk saja2 pakai kat katil korg..huhu, mahal mahal)..

3) Set bilik tidur.. lengkap almari, set meja solek, meja tepi, katil dan tilam yg best.. psl set ni, insyaallah minggu ni set bilik tidur yang aku tempah tu dah siap dan dihantar kat umah.. jd kena make sure sume brg dlm bilik tu clear.. harga set tido ni agak berpatutan la, 1/3 dari harga yang mak aku budgetkn utk aku beli masa mula2 budget harga hari tu.. hikhik.. (akak aku agak confius dgn harga yg aku ckp sbb dia kata taste aku 'tinggi'.. )

4) Kain yang menyelimuti dinding.. ni aku kena ukur dulu tinggi dan lebar bilik pengantin tu.. pastu darab dgn budget yg diperuntukkan.. kalo ok, proceed dgn planning..

5) Bebola cinta.. haha.. pomander ball la.. cadang nak buat yg kecik2 tu, gantung2 kat dinding tu utk hiasan.. ermmm, tapi xde wat satu pun.. cane ek cane ek??

6) Kelopak bunga ros di atas katil pengantin.. sgt cantik kan.. mcm romantik2 gitu..

7) Pasu bunga jernih + bunga ros ... atau pun pasu bunga jernih + bunga plastik.. (ni harus ada alternatif sbb kemungkinan utk aku keluar rumah bila nak majlis ni adalah zero.. konsep 'darah manis' menyebabkan aku dikurung di rumah je.. so kalo xde org yg tlg belikn fresh flower la)

8) Bunga kristal.. ni aku dh siapkan.. so maybe will getting use of it..

9) Lilin yg romantik.. ermmm, idea plg best kan.. bila sesi amik gambar tu, sgt cantik dlm gmbar kalo ada lilin2 gini.. ala, cari kat dua ringgit suda.. budget! budget!

10) Lampu tido yang romantik.. ni kena cari budget gak sebab mana best kalo xde lampu tido romantik2 ni..

11) Bunga2 penyeri bilik tido.. plastik je suda.. maybe just simple2 bunga je.. aku nak wat konsep clean n clear.. haha.. so bilik aku nanti nak paling minima penggunaan bunga.. pelik ker?

tu je la idea yang ada setakat ni.. kumpul tenaga kumpul tenaga... mau angkat brg pula.. yaarrghhh...


next entry yg entah bila aku nak update daaa... hehe