Mari kita cerita pasal baju pengantin..

Sebagai BTB yang excited, aku suka surfing Internet tengok baju2 pengantin n fesyen2 yang cantik2 bagi merealisasikan majlis aku nanti.. seperti yg aku jelaskan kat entry sebelum ni, aku de tempah andaman utk majlis mkn beradap nanti.. dan hasil dari perbincangan dgn akak tu, dia kata ok, blh buat makeup mata mcm aku nak tu.. so aku proceed je la ikut plan asal. (cerewet kah aku? cheewaahh.. jd pengantin kena cerewet tau.. betul betul!..)

Jadi..

Sekarang ni aku dah terlebih perbelanjaan la pula.. sebab aku nak tempah baju kebaya Indonesia tu gak.. cmner ni? aduyaiii...

Jadi...

Aku rasa aku blh jadikan kebaya iteww baju bertandang masa pegi umah en.kanda.. sebab aku mmg tak fikir utk baju bertandang lagi.. agak relevan juga kan..

Sebab...

Aku teringin gak nak pakai baju yang aku nak sewa baru kat akak andaman tu.. baju jubah leher cekak musang n butang dr paras leher ke pinggang.. (spesifikasi ini sgt jelas yer, akak jgn outer2 tau, saya sgt suka design begini..)

Sebabnya lagi..

Kalau tempah sendiri fesyen jubah pengantin ni, sure2 la mahal giler sbb aku ada terbaca BTB yang wat fesyen mcm ni utk upah jer paling murah rm800++.. eiiii xmampu aku nak keluarkan kos sebegitu mahal utk tempah baju sahaja.. itu x termasuk kos kain.. kalau jubah perlukan lace yg banyak la.. dan kain utk lining lagi.. so utk pakai baju jubah butang2 byk ni aku rasa aku perlu teruskan plan asal aku.. (kalau akak tu ikut gambar yang aku nak, aku nak blkg dia panjang2.. veil dia labuh..)

Untuk membuat korang setuju dgn plan aku yang agak melebihi budget ni, aku attach sekali gambar baju yang membuat aku rasa best kalau dpt pakai.. (even aku terlebih comey pun, aku tetap nak pakai.. aargghh xkira, nak gak.. hehee).. sewa baju baru tambah seratus jer dr harga pakej tu.. relevan kan?

ni gambar yg aku dpt dr tempat andaman lain.. aku sgt suka fesyen ini.. sgt suka butang2 itu.. aku request color gold+cream.. tpulang la kat akak tu nak beli kain cmner.. plg penting detail dia leher cekak musang n butang2 itu..

pastu akak ni blh wat corak2 inai tu.. inai ni pun aku dh masukkan dlm pakej yg aku nak tu.. (harap maklum pakej yang akak ni bagi mmg murah n sgt2 relevan utk budget aku.. sume ni aku dpt bwh dr seribu, dgn 2xmakeup yer, inai penuh kaki tgn, baju sepasang L&P, pelamin mini n aksesori la..)

dapat buat full inai utk tangan dan kaki.. dan aku sangat2 mahukan inai sebegini yer.. ni termasuk dlm planning aku yang aku buat sebelum aku masuk sekolah lagi yer.. (muda2 dah berangan nak kawin..kantoiii...haha)..

aku suka, aku mahu, aku sangat suka dan mahu inai yang corak2 mcm ni.. pose utk baca doa mcm ni sangat cantik dalam gambar pengantin kan..


Untuk baju kebaya Indonesia aku, rasanya if dah siap la lebih kurang mcm gmbar ni kot.. ni gambar yang aku snap masa jalan kat nilai3 hari tu.. rm280 sepasang n org kedai tu kata blh bagi free 4.5m kain satin lelaki.. aku tanyakan utk kwn seopis yg tema pengantin dia color kelabu.. aku mana bleh pakai kebaya ready made.. aku kan cute terlebih..

lebih kurang la mcnni tapi lace aku len skit dr ni n kerawang dia pun lain.. kain tu aku nak tempah ala2 duyung cmni gak.. jahit manik tu aku nak simple je la.. tu mcm byk sgt la manik.. lagipun aku nak full lining.. pengantin muslimah la katakan..

Untuk baju nikah, xmau bagi contoh la.. tu special skit.. tp cam aku bgtau tu, aku wat kain chiffon tampal lace.. kurung moden jer..


Tu je la... next entry la yer... waaahwaaaahuaaa (ngantuk la dah..)




Kali ni nak citer pasal artikel yang aku jumpa masa surf internet tadi.. sangat menarik utk aku kongsikan dgn kawan2 aku sekalian.. dalam font italic tu adalah komen aku yer, bukan komen penulis original artikel ni..

Jadi mari kita belajar apa yang lelaki suka dan tidak suka pada sorang pompuan.. betul atau tak aku pun tak tahu sbb aku adalah seorang perempuan..


Lelaki suka:

1. Wanita yang bersikap kelakar (
aku sgt kelakar.. tapi selalunya aku sgt serius.. bila aku serius aku seriusla..)

2. Berbudi pekerti (Ciri2 aku tu.. hahaha)

3. Murah hati (eh.. mcm aku gak la.. )

4. Senyuman manja (iskkhh senyuman aku pun manja gak.. auuwww..)

5. Tahu memasak (aku menggunakan taktik karipap sardin masa ngurat en.kanda dulu..)

6. Pandai dalam menggayakan pakaian (ermmm.. aku takla pandai bergaya pun.. skip yg ni..)

7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya (dia suka pompuan muslimah2 jer.. tapi aku muslimah ker? ala, kira bolehla tu..)

8. Tidak mudah naik angin (eh, aku sgt mudah naik angin.. eh eh, skip la yg ni..)

9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak (patutla en.kanda suka aku, aku ada bg dia pnjam myvi aku masa blm couple tu, rupa2ny ni tmasuk taktik gak..)

10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian (aku seksi? mau kena ketuk kepala dgn batu bata.. haha)

11. “Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.” (eh salah ayat ni.. awak belanja makan, lepas ni belanja lagi yer.. yg ni baru betul..)

12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya (ala, segan la nk tepon mak en.kanda.. takutla.. huhu, cmner la aku nak amik hati mak mentua ni, risau risau..)

13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi (cita2 aku rendah jer, nk jd surirumah tangga jer tp bleh dpt elaun tahap keje CEO, bleh ker?)

14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi (tinggi gila, lebih2 kalau merempit kat highway.. haha..)

15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri (mestilah kena jaga, kita bawa maruah family gak.. jgn bg free2 je kat org lelaki ni.. xbleh xbleh..)

16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan (ni aku susah skit, aku cpt down la.. tp xpe en.kanda slalu bagi kata perangsang bl aku de prblem.. )

17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang (insyaallah.. masa susah dan senang kita sama2 yer abg.. tp kalau masa senang nanti nak gelang emas 8inci yer.. huhuhu)

18. Yang tidak suka berleter (sgt susah utk tidak berleter yer.. berleter ialah senaman mulut yang best bagi pompuan..)

19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki (abg suka mkn apa yer? jom pegi kedai makan, tapi abg belanja la yer.. )

20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh (kalau blh bagi bekal botol air pun aku sanggup buat, tapi dgn syarat abg xbleh lepak kedai kopi la.. bleh ker abg? hehe)

21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki (amik berat? aku pun dh berat cmner nak amik berat dia.. hehe.. off course ler.. dah syg sure2 aku akan tnya psl hal dia..)



Lelaki tidak suka:

1. Wanita yang suka mengumpat (opss, saya tak mengumpat, saya cuma menyatakan kebenaran sahaja)

2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal (iskkh iskhh xbleh xbleh.. )

3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki (ni sikap cmner? aku tak berapa faham la)

4. Merokok (aku tak merokok ek, aku paling tak suka asap rokok..)

5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki (ni mmg tak patut.. aku xmcm ni tau..)

6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian (eh eh.. ala abg tunjuk cincin tunang je xkan xbleh.. huhuhu)

7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul (nobody perfect ok... huhuhu..)

8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak.. (ni xbleh la, kan kena saling tolak ansur.. eiii xbleh ni..)

9. Wanita yang bersikap hipokrit (hipokrit tu berpura2 ek.. slalu lelaki yg suka hipokrit.. oppsss sentimen kejantinaan la pulak..)

10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki (xbleh ker syg nak tau, abg kata abg syg syg.. huhuhu lagi..)

11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki (eh, buat keputusan kena la fikir dulu.. kena tanya mak, kena tanya akak, kena tanya nenek, kena tanya jiran sebelah umah abg, kena tanya posmen makcik, kena tanya mak angkat sepupu nenek jiran posmen lagi..)

12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang (aku tak suka kucing.. bukan tahap menganiaya binatang tp kalau kucing dan aku dalam satu bilik aku yang akan naik atas meja yer.. huhuhu)

13. Pakaian wanita berselerak di biliknya (eh eh, cmner blh tau psl pakaian wanita segala ni.. skip skip..)

14. Tidak bertanggungjawab langsung (kdg2 aku mengaku aku kurang tanggungjawab..)

15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya (aku tidak sosial yer.. bkwn bleh tp kena tau adab la.. ni aku setuju..)

16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh (hal remeh blh bawa besar yer.. lelaki mana tau kan kan.. xstuju xstuju.. )

17. Boros berbelanja (bukan boros, belanja itu terapi minda sebenarnya..)

18. Tidak tahu/malas memasak (aku tidak termasuk kategori tidak tahu tapi aku termasuk dlm kategori malas.. hahaha)

19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati (manja ek? aku sgt manja.. auwww manja skit bleh.. hehehe)

20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya. (bleh gak dipraktikkan ni.. yelah mana tau kalau air xde ke, ada pacat ke.. apa2 ker.. betul betul, aku stuju, kalau nak pegi toilet kena minta izin dulu.. hahaha..)



Ok.. abis dah.. sambung nanti daa.. next please!





Hari ni adalah entry berkenaan kristal yer kawan2.. malam tadi punyala bersemangat aku memintal dawai2 iteww utk dijadikan bunga tangan kristal aku ler.. huhu, lepas pintal 3 batang dawai, lalu aku campakkan dawai itu ke tepi..

Kenapa?

Sebab lenguh tangan aku memintal dawai yg keras tu.. jadi pengajaran utk aku ialah mencari dawai yang lebih lembut sikit supaya pintalan tu nampak lebih kemas dan lebih cantik.. so dawai yg ada tu xbleh buat pintal bunga tangan lagi, kena beli dawai lain..

kat senawang di kedai bunga pengantin tu ada jual dawai lembik2 ni tapi mahal la.. (kalau aku kata mahal tu mmg mahal la, dahlah lembut pendek2 pulak dawai iteww.. tapi aku rasa dawai lembut tu sesuai utk projek bunga tangan kristal aku ni..)

ini ialah contoh dawai yang aku pintal mlm tadi.. (carpet aku iteww sgt sedap utk menguling2kan badan.. gebu2 gitu.. carpet sutera yang aku dapat free jer dr abg aku.. harga carpet itu mampu membayar baju nikah aku yer.. agak2 kalo xde duit aku jual carpet mau kaya aku.. hahaha)

Selepas projek memintal dawai aku menemui jalan buntu aku pun menghabiskan malam aku dgn melihat cerita katun barbie yang telah aku download secara haram..

Then pagi ni bos aku telah menunjukkan kat aku 3 utas gelang kristal yang dia beli dari Indonesia.. sangat cantik yer kawan2.. oleh itu terimalah posing dari tgn aku utk tatapan semua.. ahahaha..

yg ni design dia sgt unik kan.. belum penah tengok org ikat cmni..

tangan model ini bukan utk dijual yer.. sangat sesuai kan dgn tangan itew.. tulah aku dh minta free jer, tak tau la dpt ke tak.. present besday pun ok gak kan..

lihat tangan iteww yer, begitu tamak sekali ia memakai gelang2 kristal swarovski itu.. lihatla dunia, jelita kan!

Ini ler gelang2 yang telah diorder.. sangat cantik dan harga dia lebih murah banding beli kat sini.. ni kristal swarovski tulen yer kawan2..



sekian entry bergambar dari aku.. next entry please..





Ermm.. tetiba je rasa nak buat bunga tangan DIY guna baki kristal bunga pahar aku tu.. ada survey kat Internet, tp mostly BTB kat Malaysia tak buat bunga tangan guna kristal bulat2 ni.. kebanyakannya guna bunga stokin, bunga dip or fresh flower.. tapi memandangkan aku memang ada banyak balance kristal dari bunga pahar tu better make used of it kan.. kalau tak buat bunga tangan pun blh buat hiasan bilik pengantin, buat byk2 n letak kat pasu2 kaca..

Yup.. aku tak mampu nak upah org hias bilik pengantin so kena perah kreativiti sendiri utk jadikan bilik pengantin aku nanti cantik n nampak exclusive.. lgpun membazir kalau biar je kristal itu membazirkan diri dia.. ada satu bekas tupperware tu, sbb aku beli sekali byk kat nilai3 hari tu.. (tp kan kalau buat deko bilik pengantin sendiri lg byk keluar duit sbb nak beli mcm2.. hehe..)

Ni antara gambar bunga tangan kristal yang aku dapat dr en.google.. very the cantik la..

yg ni gabungan mutiara n kristal color coklat n putih.. rasa nak buat mcm ni sebab dh ada kristal color coklat tu.. simple tp cantik kan.. kena beli mutiara sikit la.. suka yg ni.. suka suka!

kristal putih jer.. ni utk hiasan pasu2 kecil.. blh deko kat bilik.. cantik cantik..

ni ok ok la.. tp still tema yg sama.. bunga tangan kristal..

rasanya penggunaan riben mempengaruhi kecantikan bunga tangan tu la.. kena guna riben besar, lilit kat dawai tu pastu buat ikat riben.. kena guna dawai yang panjang tau.. boleh ikut tema majlis anda yer.. yg bunga ni dawai dia silver.. sweet sweet!

so pegang mcm ni la.. tapi harap maklum bunga tangan kristal ni xboleh main baling2 macam pengantin omputih tu yer.. blh benjol kepala kawan anda kena baling dgn bunga ni.. huhuhu.. cantik kan kalau tangkap gambar..


Rasanya idea bunga tangan kristal ni mampu aku realisasikan la.. aku kan terlebih excited mau kawin.. hehe..

Malam tadi sibuk pintal2 dawai utk bunga pahar aku tu.. rasa mabuk hidu bau thinner n gam dip tu.. utk 10 batang dawai aku bahagi 3 jd aku blh dapat utk 10 batang je bunga pahar sbb satu bunga 3 daun.. mlm td aku buat 60 helai daun dip..

Untuk kelopak bunga dip, satu bunga aku perlu 6 helai kelopak.. so 1 dawai aku bahagi 3 jd 2 dawai bru dapat satu bunga.. jadi bayangkan kalau aku perlu buat 100 bunga pahar.. berapa banyak aku perlu beli dawai dan pintal dawai.. ye kawan2, mari kita buat kira2 matematik yer..

Jadi janganla korang tak dtg majlis pengantin aku nanti.. huhuhu..

ni la daun dip yg aku buat utk letak kat bunga pahar aku tu.. design daun konon2 ikut mcm natural la.. so aku bagi lekuk daun tu ikut selera aku je la.. hikhik..

ye ye.. berjaya buat 60 helai daun dip..

ni adalah cth design daun mengikut tema "ikut suka hati aku la asalkan daun itu lekuk"
jadi jangan tanya kenapa daun bunga pahar korang lain dr kwn korang yer... sbb itu adalah berdasarkan tema aku yg tersebut di atas itu.. huhuhu


sambung berangan di next entry yer.. daa




Disebabkan bos xde, kuar pegi lunch, maka dengan rajinnya aku meng'update' blog ku ini.. kali ni nak cerita pasal persiapan yang tak seberapa yang telah aku buat utk hari bahagia aku nanti yang tarikh pun belum ditetapkan secara rasmi.. huuuhhh, panjang ayat tu, kena baca dalam sekali nafas je tau..

sambung citer...

apa yang aku dah buat? bunga telur dah berjaya siap satu pahar.. disebabkan aku terlebih rajin maka masa bulan april-may lepas aku mengambil keputusan utk buat bunga pahar sendiri.. jadi survey punya survey aku rasa nak buat bunga dip.. bunga dip tu apa?

bunga dip tu macam bunga plastik tu gak.. tp kita kena celup dawai yang dah dibentuk jd kelopak2 tu ke dalam cecair dip ni la.. biarkan kering nanti dia jd keras la.. then utk bagi berkilat n tahan lama kena celup lagi kat cecair gam dia.. leceh gak la, tp sgt cantik.. kos pun agak mahal la, mgkn sbb aku tak reti budget cmner nak cairkan cecair dip tu kot.. tp xpe la kawin kan sekali jer.. =)

diantara step2 yang perlu aku buat.. buat riben banyak2..

celup celup kelopak dip banyak2...

ni cdg nak letak kat tgh2 bunga tu tp xjadi so ter'membazir' la kelopak dip2 kecik2 ni..

ni ialah cth cecair dip n thinner utk dip ni.. ala thinner tu actually blh beli thinner cat yg bnyak jual kat kedai runcit tu baru sebotol rm4.90.. yg botol kecik dlm gmbar ni 16hinggit kalo xsilap.. rugi rugi betul..

ni la kat dlm cecair dip tu.. dia mcm likat la.. guna thinner tu utk cairkan cecair dip ni.. then kena kacau la cecair dip ni.. agak2 ok, jgn cair sgt la, korang bleh celup dawai yg dah dibentuk jd kelopak2 bunga n daun tu dlm cecair ni.. cecair dip ada byk color.. aku just guna color gold n green jer..

yer aku pun berjaya beli goodies bag yer dgn harga yg best juga.. hehe.. paper bag just utk tetamu yg best2 n limited edition dari aku.. jadi pada kawan2 aku tu time kenduri aku nanti dtg awal2 yer..

coklat ini sgt sedap yer.. ni gambar sebelum coklat ini menjadi mangsa kerakusan aku memakan beliau.. huhu.. rasa macam nak order utk letak dlm goodies bag... also limited edition dr aku yer.. dgn budget yg limited gak.. haha..

gambar akhir aku serikan dgn kain lace aku iteww.. bila nak siap baju nikah ni.. huhu..



ok..next entry please....




Penat penat... penat berjalan kat nilai 3 sepanjang hujung minggu ni..

Apa yang aku cari?

Ingat tak entry sebelum ni pasal kain kebaya labuci yang aku 'terbeli' kat Indonesia tu.. so dengan tekadnya aku pun pergi la cari kain satin utk dipadankan dengan kain labuci kebaya itu.. so hari sabtu tu, aku pun pegila dgn 2org member aku utk meng'survey' kain satin itu.. dgn berbekalkan gambar kain kat hp aku jer kitaorg pun pegi la cari kain satin yang bersesuaian..

Matlamat: Kain satin color coklat yg sesuai
Harga: Value dan tawar harga paling murah.. (hehe, biarpun aku terpaksa panggil bangla tu abg, aku tetap akan panggil gak asalkan aku dpt harga diskaun.. sorry en.kanda, syg bukan menduakan abg dgn abg bangla tu yer..)
Target berjaya ke tak: Separuh berjaya jer ... (huhuhu...)

ni la kedai yang aku beli kain satin pada hari sabtu iteww..


Kenapa hanya separuh berjaya?

Disebabkan excited nak beli kain satin utk kebaya labuci aku tu, dengan ketidakprihatinan nya aku terlupa nak beli kain sedondon utk wat baju melayu en.kanda... maka terpaksala aku merayu member aku utk pegi balik kat nilai 3 utk pegi kedai sama n beli kain satin 5m untuk en.kanda pula.. takkan aku jer pakai color coklat, nnti tak sedondon pula pasangan pengantin iteww kan..

so hari Ahad tu kitaorg pun pegila kat kedai semalam tu untuk beli kain satin yg sama.. dah cdg dah ni, pasni kita lepak alamanda la pula.. ingat nak pegi tengok wayang citer yg ada tom cruise dgn cameron diaz tu.. dah tu aku pun tanya la kat abg bangla tu..

"En.bangla... itu kain semalam color coklat2 itu ada ka?.." (harap maklum slang utk ckp bahasa bangla perlu diolah sebegitu yer, ini bukan bermakna aku telah menukar status warganegara aku yer..)

"Itu kain ka.. banyak kejap saya periksa itu kain..itu kain 4meter saja ada tinggal.."

4meter je? mana cukup utk en.kanda buat baju melayu.. mengikut pengiraan mata kasar aku mengukur isipadu badan en.kanda.. kena guna 5meter kain la.. en.kanda kan tinggi, lebih 20cm drpd aku.. takkan lagi semeter aku nak belikan color lain pula..

jadi terpaksa la aku n kawan aku pegi cari kat kedai2 lain kat sekitar nilai 3 tu.. rasanya setelah hampir 15 kedai kain menjadi mangsa kerakusan mata aku, dan aku yang ketika itu hampir2 terpedaya utk membeli kain nak wat baju raya lagi..

"Mcmni la, kain yang semalam tu jual kat cah je la.. blh buat baju kurung kosong, cantik gak color dia.. beli la kain color lain, susah nak cari color sama mcm kain semlm tu la.." (kawan aku membuat cdgn bernas yang menyebabkan aku rasa terharu gila..)

"Boleh ker, xpe ke ni, xmenyusahkan ker nak beli kain tu.." (aku bertanya dgn control2 nafas dan membuat muka simpati.. harap2 kwn aku tak tukar fikiran dia.."

Dan akhirnya aku pun jual kain satin color coklat semalam tu kat kwn aku jer.. n aku pun pegi la cari kain coklat satin color lain kat kedai lain.. n aku pun teringat kedai yang aku beli kain lace cream dulu tu, nk tengok kat situ la.. so dgn berjayanya aku dapat tawar kain satin color coklat lembut 9meter.. 4meter utk aku n 5 meter utk en.kanda..

Kain satin kat kedai ni sama mcm kain yang aku beli utk kain nikah hari tu.. kat gmbar tu kain satin nikah aku, color cream.. kualiti memang sangat cantik n sangat halus.. pengalaman mencari kain satin di lebih dr 15 kedai telah menjadikan aku pakar menilai kualiti kain satin ye kawan2.. haha.. yang paling best aku berjaya menawar kain satin ini yang harganya rm20++ semeter kepada rm10 semeter sahaja.. kualiti dgn kain coklat sebelum ni ada beza sikit, yg ni lebih halus n ringan.. (tapi actually aku suka sgt color coklat yg beli awal tu, sbb kain tu mmg cantik color dia n jarang jumpa color mcm tu sbb tu nak cari kat kedai lain mmg xde. huhu..xpela, bukan rezki aku kan..)

Pastu kitaorg dengan muka penat pun bertolak la balik.. dah tak larat nak pegi alamanda dah.. so pas mkn chicken chop kat kedai bawah azue bridal kat Bangi tu kitaorg pun balik umah daa... ponat ponat..

Dalam pkul 7pm aku pun bertolak la balik N9 semula..

Eh, lupa pula nak story kasut crocs aku.. haha.. bukan yang original yer.. aku tak mampu beli original.. (baik beli cap buaya crocodile.. hehe..)

Gambar itu ialah kasut crocs tidak original yang berjaya aku sambar ketika pegi Downtown Jalan Reko kat Kajang.. dan yang paling best aku berjaya tawar gak kasut itu dgn harga 23hinggit jer.. dapat la tawar 2hinggit.. design2 lain dia jual 15hinggit jer.. okla bagi aku yang tak penah pakai kasut crocs seumur hidup aku ni..

Aku pegi kat situ nak jenguk member aku yang buka booth kat situ.. still tak banyak kedai mcm downtown cheras tu tapi okla gak.. nanti mesti lagi ramai org, sbb kat situ baru je buka.. dulu masa aku duk kajang belum ada lagi..

sebelum tu dengan baik hatinya kawan aku telah membelanja diriku makan di restoren kat Bangi tu.. cantik restoren itu.. dengan jambatan goyang2 yang tak sempat aku nak naik sebab banyak budak2 atas jambatan iteww... (malu la nak naik.. tapi mahu..huhuhu..)

ada air2 terjun gitu... mcm romantik2 jer pemandangan iteww..

aku yang tidak abis makan.. nasi tu sedap tapi daging iteww sgt keras yer.. tp kira best la sebab mkn free..

Pas makan baru pegi pasar jalan reko tu, eh, nape citer tak ikut susunan ni.. xpela yer.. yang penting aku berjaya mkn free n berjaya gak dalam misi mendapatkan harga murah..


sambung next entry yer.. daaa




Oh baju..

Dilema untuk bakal pengantin adalah nak cari baju yang sesuai dengan budget yang berpatutan.. Ada yang kita blh beli jer kat butik, ada yang beli baju kebaya siap indonesia yang banyak jual online.. Ada tu aku jumpa mmg murah dan cantik tapi.. ada tapinya la..

Tapi..

Mana sesuai utk aku yang terlebih comey ni.. If beli pun kena hantar outer utk sesuai dgn tubuhku yang comey terlebih ni.. Untuk baju nikah aku dah antar pun kat tailor utk buat baju kurung moden je, kain chiffon tampal lace labuci.. should be ok la kecuali tailor tu saje je nak wat baju nikah aku tak lawa.. hehehe.. (aunty kalau jahit tak cantik, saya saman aunty tau.. )

Then aku ada terbeli, diulangi terbeli kain lace kebaya ada labuci2 kat Indonesia.. tapi 'terbeli' aku ni taklah terasa sangat sbb aku bayar guna akaun paypal aku yg memang ada duit kat situ.. (actually duit dalam paypal ni di transfer oleh abg aku n aku just guna utk beli reward point main mafia wars kat fb.. huhuhu, yup, i'm addicted to mafia wars, level nk dekat 1000 dh.. oppss lari topik lak..)

So dari aku gunakan paypal tu utk main games je better aku beli something yang blh aku guna kan.. so i'm buying la kain lace kebaya dari Indonesia ni.. harga mmg ok dan dapat jimat banyak berbanding beli kat butik2 kebaya online kat malaysia ni tp kos pos agak mahal kalau pos selai jer tp if korang beli pakat satu opis, price tersangat la murah.. (murah tu maknanya mmg murah sbb kain yg aku beli ni kalau kat butik online sini harga cecah rm250++, tapi aku dapat dgn harga less dari rm100~not include harga pos la).

Pos dari Indonesia ke Malaysia dah naik harga sbb tu value kalau order more than 1pieces, tapi still murah berbanding beli kat Malaysia la.. If cari kat kedai pun kain ni still more expensive tau, sebabnya penuh dengan labuci n kerawang2 kebaya yang tersangat cantik..


Ni contoh kain kebaya lace labuci yang jual kat Indonesia tu, tapi aku tak beli yang ni tau, yg aku nyer lebih meriah labuci itu, berlingkaran di keliling lace iteww..

Jadi sekarang ni aku tengah confius utk menempah sekali baju kebaya kerawang2 labuci aku ni ke tak.. tapi.. tapi kalau tak tempah aku dah 'terbeli'.. harus bagi pada siapa pula kain tu? Aku dah tanya kat tailor yg jahit baju nikah aku tu, harga ok la, tak mahal pun sbb dia bg aku diskaun sbb dh tempah baju nikah n baju raya kat dia.. Aunty tu ckp nak buat baju kebaya lace yg ada kerawang2 ni agak susah sbb dia kena buka semula jahitan2 manik tu sikit. lagipun aku nak kebaya tu full lining.. with kain ala2 duyung tu.. kain blh upah jahit beads sikit.. tu blh mnta member aku jahit.. (kalau aku yang jahit, maknanya aku pakai je la kain tu kosong je.. mana ada seni tgn aku ni pegang jarum, wat bunga telur kena pintal dawai pun dah cedera2..huhuhu)

Kebaya ni boleh buat utk majlis makan beradap.. utk veil masa mkn beradap ni, mak andam kan ada.. tu xyah la nak buat lagi.. mau bankrup kalau sume nak beli n buat sendiri.. tp ada ternampak DIY veil yg other BTB buat.. mcm menarik tp tu nanti la fikir..

Sebenarnya ikut aku baju makan beradap n baju bertandang nak sewa je la.. tapi rasa mcm nak cancel booking dgn mak andam yg aku ada tulis before this.. yg aku amik pakej tu.. tp better deposit yg rm200 tu aku just proceed with pelamin mini tu je.. so just amik pelamin mini je dgn dia.. other take another bridal boutique.. (tapi ni kalau akak tu xnak terima suggestion aku xmau eyeshadow color shining2 n eyeliner tebal seinci tu.. pakej dia harga berpatutan, baju dia cantik, pelamin dia meletup lawa, makeup dia pun smooth je cuma eyeshadow tu aku tak bkenan sgt la.. yg penting kat mata la kan, kan dari mata turun ke hati.. )

Then aku baru teringat aku ada lagi satu helai kain sari pengantin yang akak aku bagi masa dia pegi India dulu.. dah lama dah kain ni since aku belum bercinta lagi dengan en.kanda lagi tau.. sume adik beradik dapat sorang selai.. n aku dapat gak.. color hijau pekat.. dia ada corak2 mcm sulam2 emas tu.. standard 6meter la panjang kain ni.. (sbb kain sari kan mmg panjang n pusing2 badan mcm org india tu la..kat bwh ni cth kain sari yg aku google je, kain sari aku tu sulam emas dia lagi rapat n halus lg..color lebih kurang sama mcm kat bwh ni..)

Opppss... aku bukan nak wat tema pengantin India yer.. aku rasa nak buat baju kurung riau la.. pastu lining dgn kain chiffon yg biasa2 tu, bkn chiffon yg mahal la, yang org slalu wat lining tu, bape hinggit ntah, hari tu ada tnya kat jakel.. bila ada lining kain sari tu akan lebih terletak di badan si pemakai yer.. supaya aku sentiasa cute mute jer..

tapi patutke aku tempah juga kain sari ni.. relevan ke dgn budget aku ni.. tapi tak relevan pula pakai kain sari ni kat tempat lain.. ermm susahnya nak me'relevan'kn angan2 aku dengan budget aku yang tak seberapa..

korang mesti ada byk duit terlebih kan? pe kata korang derma je kat aku duit korang tu.. sian aku, aku anak yatim, anak yatim kena ditolong lagipun bantu org mendirikan masjid banyak pahala tau.. rasa2 nak derma korang bgtau je la.. aku sudi je terima, derma ikhlas tau, no blanje2, no hutang budi tergadai body ek.. tak rela tau.. daaa..

to be merapik in another entry..