Kalau korang perasan aku dah update dah list hantaran yang aku nak bagi kat en.kanda.. nak bagi cincin la.. masa bercinta dulu, aku n en.kanda ada cincin geli2 tau..

Kenapa nama dia cincin geli2?

Sebab kan selalu org couple ada cincin2 ni.. sangat best dan sgt romantik rasanya bila masa bercinta pun ada cincin yg beli sama2.. cincin biasa je, cincin stainless steel jer.. tp engrave dgn nama aku n nama en.kanda.. aku yg minta sbb aku kata tu salah satu impian aku bila bcinta, nak sepasang cincin yang boleh engrave nama aku n kekasih aku.. hehe.. dan seperti biasa en.kanda sgt supportive utk sebarang idea jiwang aku..

Sebab tu syg sgt syg abg tau..

dan kadang2 kami panggil tu cincin power rangers.. sbb cincin tu blh bertukar.. bila kuar sama2, aku akan dekatkan cincin kami dan buat gaya bertukar mcm power rangers tu.. hahaha.. oppss, hanya gaya tgn sahaja yer.. kalau gaya badan mcm bertukar tu aku rasa mampu sume org muntah ijau karang..

yarrgghhh, bertukarrrr.... cincin geli2 tu bukan mcm dlm gmbar, cincin power rangers kami xde batu pun.. =)


dan yang paling aku rasa terharu.. en.kanda sentiasa pakai cincin tu kat mana pun dia pegi, even kitaorg berjauhan.. dia tgh keje ker, dia sentiasa pakai cincin tu.. walaupn harga dia murah tapi dia sgt hargai cincin tu.. tu yg aku rasa sgt2 beruntung bila ada tunang yang sgt syg pada aku.. aku sgt beruntung kan?

n lepas dah tunang ni aku pun mnta izin kat en.kanda utk tanggalkan cincin tu dan pakai cincin tunang jer.. tapi cincin tu aku letak kat kunci kereta aku.. lagipun saiz cincin tu dh terlalu besar utk jari aku.. aku pun tak tau mana kurusnya aku ni, tapi cincin tu dh jd longgar tp tuan punya cincin masih mengekalkn kecomelannya gak.. huhuu..

jadi utk hadiah kawin nanti, aku nak belikan dia cincin nikah.. utk dia pakai seumur hidup dia.. simple tapi ikhlas dari aku.. sangat sweet kan.. insyaallah aku nak saving utk belikan dia cincin tu.. n yang pasti aku nak engrave kat cincin tu.. dgn tarikh nikah kami n nama kami..

Cinta tu indah.. dan syg sgt syg abg..
(p/s: next impian adalah berjalan2 di tepi pantai sambil berpegangan tgn dgn suami tercinta.. tak perlu pantai2 oberse yer abg, langkawi pun cukup la.. tapi mesti pantai pasir dia cantik tau.. pantai port dickson ada boya xbleh tau..)


next entry ok.. daa



This entry was posted on Sunday, July 11, 2010 and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: